Yang pelik juga kenapa sukan bola tampar? Bukan ke permainan tu consider non physical contact sport... Kalau basketball ke... futsal ke... Rugby ke... Boleh juga saya terima... sukan salah... tak sukan pun salah..(Saudara Z) |
Benda memang simple... tapi suka fikir complicated sangat... Islam is the way of life... simple... Easy... (Saudara Z) |
Janganlah rigid sangat, ni bukan sekolah (Saudara T) |
Selama 4 tahun aku duduk sini....elok je batch-batch lepas main...x de apa-apa berlaku pun.. (Saudara W) |
Siapa mahu taburkan fitnah tu diminta tampil ke depan bawa hadis dan sunnah atau ayat dalam Al-Quran yang ada menyentuh tentang haramnya lelaki bermain dengan perempuan dalam 1 kumpulan atau mana-mana permainan, jika terang-terang kedua-dua pasukan menjaga adab dan aurat, tunjukkan bukti, jgn mahu fitnah dan tunjuk tak puas hati sahaja, yang lain buat apa mahu takut, sedangkan Islam sendiri menggalakkan tubuh yang sihat, tiada syarat dalam Islam tidak boleh lelaki bermain dengan pompuan, please la...that is so primitive thinking la bro, cakap dengan orang tu, berdepan lah kalau berani, ajak main terus, lawan friendly la, lelaki pompuan tu |
Kadang-kadang berdiam diri lebih baik dari berkata2.. sebab berkata-kata tentang perkara agama sedangkan kita tak tahu, tapi berasa tahu, kemudian mengeluarkan pendapat mengikut akal sendiri adalah berbahaya terhadap iman kita. saya nasihatkan adik-adik.. jangan beri pendapat yg dilihat mempersendakan agama walaupun mungkin niatnya macam nak berlawak atau main-main. Dunia ni Allah punya. Hidup dalam dunia ikut peraturan Allah. Wallahu a'lam |
Sebenarnya al-kisahnya begini... Kami memang selalu bermain bola tmpar petang-petang.... Kadang-kadang pemain tak cukup... Jadi, kami ambil la budak perempuan main... Nak cukupkan orang... Baru ok sikit main... Kemudian, apabila ada org pertikaikan pasal pergaulan... kami asingkan kumpulan... Lelaki lawan Perempuan... (walaupun kadang-kadang setiap kumpulan tak cukup ahlinya) Lepas tu ada pula yg kata tak boleh... Bukannya apa, saya kasihan kat budak-budak yg nak main... Main salah, tak main pun salah... dilema... siap ada kadang-kadang tak ada org nak main... tinggal la seorg budak main dengan dinding asrama... Jadi... tu la saya saja timbulkan isu ini dlm FB (facebook)... Kepada rakan-rakan... Ustaz-ustaz... Ustazah-ustazah yg alim dalam bab ni... Mohon perkongsian pendapat...(Saudara Z) |
“Main bukan bersentuh pun”, “Main je pun”, “Kami tak tengok perempuan, kami tengok bola je”. Itu antara ungkapan atau tulisan Saudara Z, seorang insan yang beranggapan pasukan lelaki melawan pasukan perempuan dalam permainan bola tampar dibenarkan oleh Islam. Tiga ungkapan ini saya panjangkan kepada sahabat dan ustaz-ustaz yang saya kenali.
Melihat kepada tulisan berwarna merah ungkapan di atas, terdapat beberapa ungkapan yang kalau diteliti secara halus, seolah-olah tidak tahu tentang hukum ini atau mungkin disebabkan oleh amalan kebanyakan orang menjadi nas atau dalil golongan ini. Mudahnya Islam bukan bermakna Islam mempermudah-mudahkan sesuatu perkara sehingga hukum tak diambil kira.
Antara puncanya, mungkin disebabkan tidak tahu atau mengikut hawa nafsu. Jika tidak tahu, benarlah kata pepatah Arab, “Manusia membenci apa yang tidak diketahuinya” dan jika tidak tahu, tanyalah kepada yang tahu sepertimana dalam ayat 16: 43 berikut:
Jika disebabkan mengikut hawa nafsu, mari perhatikan ayat 25:43 dan 45:23:
Mesej-mesej balas yang diterima daripada sahabat dan para ustaz adalah seperti berikut:
(Nota:
1. Mesej-mesej berikut dieja dan disusun mengikut ejaan penulis berbanding mesej
yang diterima,
2. [] adalah penerangan oleh penulis
3. “...” adalah menunjukkan satu mesej pesanan ringkas (SMS)
4. Ω.....Ω adalah merujuk kepada perbualan telefon)
Akh Hisyam:
“Perempuan nak bersukan lasak macam tu pun dituntut dalam keadaan tertutup daripada pandangan lelaki ajnabi [asing]. Apa lagi nak main sekali. Bukan isu ikhtilat, tapi isu aurat dan isu yang lebih basic [asas]. Nanti ana bagi link [pautan]” (http://abuhudzaifi.multiply.com/journal/item/34). (Ulasan laman web ini berdasarkan Akh Hisyam-Laman Ustaz Farid Nu'man, tulisannya sangat ilmiah dan banyak menjawab tuduhan golongan salafi keras yang banyak menyesatkan tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin (IM)).
Ustaz Afnan:
“Walaupun tak sentuh tapi macam mana dengan pandangan? Tengok perempuan lompat. Pakaian pula mungkin mengikut bentuk badan. Wallahu a’lam.”
Ustaz Norhisyam Muhammad (dijemput untuk mengajar Kuliah Tauhid)
“Asalkan tutup aurat.”
“Seeloknya elakkan.”
Dalam satu kuliah di Surau Kolej Perubatan, (kalau tak salah, 5 Mei 2011), Ustaz Norhisyam menjawab soalan 1 daripada 4 soalan yang dikemukakan daripada pelajar Muslimat.
(Petunjuk : .....- isi kuliah yang tak dapat didengar dengan jelas untuk ditulis) (Sekitar minit ke-67:05 hingga minit ke-68:36). http://www.mediafire.com/?31a87svdj85kzxk
Soalan 1: Percampuran antara lelaki dengan perempuan bermain.
Jawapan :
Yang ni, sebenarnya, seelok-eloknya kita yang dah akil baligh ni, tidak perlu buat perkara tersebut sebab lebih baik kita mengelak fitnah, daripada kita melakukan perkara yang boleh mengundang fitnah. .....pakai tutup aurat, tutup, tak bersentuh, betul. Kita perlu ingat, perkara yang boleh menimbulkan fitnah, kita perlu elak, sebab fitnah tu senang, bukan susah. Nak senang, jangan buat dilarang, selesai masalah, senang. Yang susah ni, yang orang larang tu yang nak buat, tu jadi susah. Apabila menimbulkan fitnah, kita abaikanlah. Nak bersukan tak salah, sebab Rosulullah pun suruh bersukan, tapi ada batasan-batasannya. Perempuan cara perempuanlah, bermain cara perempuan, lelaki bermain dengan lelaki, sebab tidak ada kepentingan lelaki dengan perempuan nak bermain.....Walaupun tidak bersentuhan, tapi kita perlu ingat manusia ni bernafsu, tu kita perlu ingat.
Ustaz Nazri (Bekas YDP ISMA Sarawak)
“Tak harus kerana lelaki nampak pergerakan tubuh wanita”
Ustaz Abdul Rahman Che Soh (pernah dijemput untuk mengajar Kelas Tajwid)
“Semua bergantung niat, walaupun tak bersentuhan, tapi masa main terloncat sana sini, mungkin menzahirkan tempat-tempat yang tak patut dilihat, ingat! HARAM bukan sahaja melalui sentuhan tapi melalui pelbagai cara! Lebih baik elakkan!!!”
Ustaz Syafiq (dijemput untuk mengajar Kuliah Hikam)
“Firman Allah SWT dalam Al-Qur’an, -Jangan hampiri zina-[17:32] Hampiri di sini ulama membahas sangat panjang, kerana untuk menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kita sebagai umat [Nabi Muhammad] SAW yang ingin patuh pada ajaran dan panduan Islam. Lebih wajar dijauhi. Pergaulan antara lelaki dan perempuan, mainlah sesama kaum sejenis sahaja. Kehidupan dunia bukan untuk bersukaria, tapi beribadah. Tapi riadah biar hanya lelaki dan perempuan sahaja.”
“Lelaki hanya dengan lelaki dan perempuan hanya dengan perempuan sahaja. Lebih wajar dalam menjaga syariat Islam agar sentiasa indah dan mulia. Jangan cuba kotori dengan nafsu dan pandangan manusia yang jahil pada Islam yang sebenar. Tapi kalau suami dengan isteri sahaja boleh sebab Nabi SAW beriadah dengan isteri. Apa yang Nabi tak buat janganlah buat.”
Ustaz Asri (Mengajar di KMPh-Kolej Matrikulasi Pahang) (Ustaz yang saya pernah tanya isu main bola tampar lelaki dan perempuan semasa saya di matrik KMPh dahulu) :
“Mengarut lagi menyesatkan [“Main bukan bersentuh pun”, “Main je pun”, “Kami tak tengok perempuan, kami tengok bola je”.] ”
Ω Macam pakai kondomlah. Tak bersentuh. Ω [Lebih kurang mesejnya daripada perbualan telefon], [Seolah-olah macam tak buat maksiat sebab tak bersentuh].
[[[[[[ Ketika di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh), pernah sekali saya bertanya kepada Ustaz Asri, bagaimana tentang bermain bola tampar dengan keadaan bercampur lelaki dan perempuan. Daripada penerangannya, saya memahami bahawa percampuran itu tidak dibenarkan. Lantas satu hadith dibacakan kepada saya sebagai peringatan. Lebih kurang hadith tu macam ni rasanya:
Nabi sollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Bersegeralah beramal sebelum datangnya rangkaian fitnah seperti sepenggalan malam (potongan-potongan malam) yang gelap gulita, seorang lelaki di waktu pagi mukmin dan di waktu petang telah kafir, dan di waktu petang beriman dan pagi menjadi kafir, ia menjual agamanya dengan kesenangan dunia." (HR. Ahmad No. 8493).
dan boleh dengar penerangannya di http://www.mediafire.com/?5fpchsc3soa8w87 . Fitnah ada 5 maksud : 1) Pembunuhan 2) Peperangan 3) Menuduh seseorang tak buat, kata dia buat 4) Ujian ma’siat (tentang keimanan, banyaknya ma’siat) 5) Ujian kebendaan (harta benda/ anak pinak)
Ustaz yang sama pernah menceritakan bahawa pernah KMPh juga mengadakan satu program yang mencampurkan pensyarah lelaki dan perempuan di pantai (pantai di Kuantan atau Pekan rasanya) dan alhamdulillah ustaz tersebut sakit perut yang menyebabkan dia tidak dapat menyertai program tersebut. ]]]]]]]]]]]]]
Ustaz Tarmizi (Masjid Taman Sukma, Kuching, Sarawak) :
“Sebaik-baiknya jangan bercampur. Untuk mengelak perkara syubhat (perkara yang tak jelas halal atau haram) sebab meninggalkan perkara-perkara syubhat adalah tanda taqwa seseorang.”
Ustaz Izwan (JAKIM, Sarawak):
“Seeloknya dielakkan.”
Selain daripada semua ulasan di atas, berikut saya tambahkan daripada http://www.muslimdiary.com/forum/viewthread.php?thread_id=833.
(Selain artikel ni, boleh baca http://www.muslimdiary.com/articles.php?article_id=186 dan http://lujnahriadah.blogspot.com/2010/01/sukan-dalam-islam.html)
Mengapa harus ditimbulkan isu persentuhan berlapik, bersyahwat dan sebagainya. Pergaulan
itu sendiri diharamkan. Apatah lagi persentuhan antara mereka. Sedangkan, persentuhan itu adalah titik permulaan sebelum berlaku perzinaan. Sabda Rasulullah S.A.W:
Maksudnya:
“Mata berzina dengan sebab penglihatan. Telinga berzina dengan sebab pendengaran. Lidah berzina dengan sebab percakapan. Tangan berzina dengan sebab persentuhan. Kaki berzina dengan sebab langkahan. Hati pasti membangkitkan syahwat dan keinginan pasti melonjak. Ketika itu, kemaluanlah yang menuruti atau menahannya.”
Maksudnya:
“Mata berzina dengan sebab penglihatan. Telinga berzina dengan sebab pendengaran. Lidah berzina dengan sebab percakapan. Tangan berzina dengan sebab persentuhan. Kaki berzina dengan sebab langkahan. Hati pasti membangkitkan syahwat dan keinginan pasti melonjak. Ketika itu, kemaluanlah yang menuruti atau menahannya.”
– Hadis riwayat Muslim.
Kesimpulannya, cuba elakkan percampuran lelaki dan perempuan walaupun tidak bersentuh. Antara sebabnya untuk mengelakkan fitnah terhadap Islam dan diri kita. Masih ada banyak sukan atau pilihan lain. Kalau sudah berkahwin nanti, bolehlah bersukan dengan isteri.
Mari sama-sama kita mengkaji dan mendalami Islam dan keluasannya. “Tak kenal maka tak cinta.” Semoga usaha kita membuahkan kecintaan kepada Allah, Rosul-Nya dan orang-orang mu’min.
Jangan kita terpedaya dengan orang yang membaca Al-Qur’an, tetapi lihatlah siapa yang ber’amal dengannya. Sebagai penutup, mari baca, faham dan ‘amalkan ayat-ayat berikut:
$pkš‰r'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä Ÿw (#q=ÏtéB uŽÈµ¯»yèx© «!$# Ÿwur tök¤¶9$# tP#tptø:$# Ÿwur y“ô‰olù;$# Ÿwur y‰Í´¯»n=s)ø9$# Iwur tûüÏiB!#uä |MøŠt7ø9$# tP#tptø:$# tbqäótGö6tƒ WxôÒsù `ÏiB öNÍkÍh5§‘ $ZRºuqôÊÍ‘ur 4 #sŒÎ)ur ÷Läêù=n=ym (#rߊ$sÜô¹$$sù 4 Ÿwur öNä3¨ZtBÌøgs† ãb$t«oYx© BQöqs% br& öNà2r‘‰|¹ Ç`tã ωÉfó¡yJø9$# ÏQ#tptø:$# br& (#r߉tG÷ès? ¢ (#qçRur$yès?ur ’n?tã ÎhŽÉ9ø9$# 3“uqø)G9$#ur ( Ÿwur (#qçRur$yès? ’n?tã ÉOøOM}$# Èbºurô‰ãèø9$#ur 4 (#qà)¨?$#ur ©!$# ( ¨bÎ) ©!$# ߉ƒÏ‰x© É>$s)Ïèø9$# ÇËÈ |
(5:2) Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya dan binatang-binatang qalaa-id dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari karunia dan keridhaan dari Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadat haji, maka bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali kebencian (mu) kepada sesuatu kaum karena mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidil Haram, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya.
$pkš‰r'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä #sŒÎ) ÷LäêøŠyf»uZs? Ÿxsù (#öqyf»oYoKs? ÉOøOM}$$Î/ Èbºurô‰ãèø9$#ur ÏMuŠÅÁ÷ètBur ÉAqß™§9$# (#öqyf»uZs?ur ÎhŽÉ9ø9$$Î/ 3“uqø)G9$#ur ( (#qà)¨?$#ur ©!$# ü“Ï%©!$# Ïmø‹s9Î) tbrçŽ|³øtéB ÇÒÈ $yJ¯RÎ) 3“uqôf¨Z9$# z`ÏB Ç`»sÜø‹¤±9$# šcâ“ósu‹Ï9 tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä }§øŠs9ur öNÏdÍh‘!$ŸÒÎ/ $º«ø‹x© žwÎ) ÈbøŒÎ*Î/ «!$# 4 ’n?tãur «!$# È@©.uqtGuŠù=sù tbqãZÏB÷sßJø9$# ÇÊÉÈ |
(9) Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu mengadakan perbicaraan rahsia, janganlah kamu membicarakan tentang membuat dosa, permusuhan dan derhaka kepada Rasul. Dan bicarakanlah tentang membuat kebajikan dan taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kepada-Nya kamu akan dikembalikan.
(10) Sesungguhnya perbicaraan rahsia itu adalah dari syaitan, supaya orang-orang yang beriman itu berduka cita, sedang pembicaraan itu tiadalah memberi mudharat sedikitpun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah dan kepada Allah-lah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal.
(58:9-10)
(58:9-10)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan