Khamis, November 15, 2012

Sajak : Cinta & Nikmat

Sajak ini sebenarnya ingin saya deklamasikan semasa Program Kafe Cinta yang dipengerusikan oleh Muhammad Al-Barra' Ayub & dibarisi panelnya oleh Dr Farhan Hadi & isterinya Ustazah Fatimah Syarha di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kampus Kuantan. Sedikit masalah (mungkin dari sudut masa) menyebabkan sajak ini terbiar. Sajak ini saya hasilkan daripada pembacaan sebuah buku & kuliah ustaz Ikatan Pengkajian Tasawuf Malaysia.

Cinta berlebihan bertukar rindu
Rindu berlebihan bertukar asyik
Rindu wujud bila bersendirian
Bergelora dan bergoncang
Merapu dan berangan-angan
Mampu menyekat pernafasan
Mampu jua menghenti denyutan

Rindu teman sekedudukan yang menyenangkan
          pendamping yang memberi hiburan
        
Cinta bisa menukar pengecut jadi berani & kedekut jadi dermawan
         bisa menjernih dungu fikiran
         bisa memfasihkan gagapnya lisan
         bisa membangkitkan semangat yang kelemahan
         bisa mengalahkan raja di puncak kejayaan
         bisa menentang seorang perkasa yang memiliki kegagahan

Cinta juga
         mampu melembutkan perasaan
         mampu memahami erti kasih sayang
         mampu mematangkan fikiran
         mampu mengelokkan semua gerakan
         mampu mendiamkan pergerakan & menggerakkan yang diam
         mampu membagus ungkapan
         mampu mengindah semua surat karangan
         mampu merapikan penampilan, perilaku & perbuatan

Tanpa cinta,
         tiadalah kekasih impian,
         tiadalah kebaikan dalam kehidupan
         tiadalah ibu bapa pencurah kasih sayang
         yang ada hanyalah kesepian

Dalam cinta terkandung nikmat
Nikmat di dunia, nikmat di akhirat
Perlu jiwa bersyukur
Perlu jiwa berzikir
Perlu isteri solehah yang baik wajah
Senang bila dipandang
Taat bila disuruh
Menjaga diri & harta bila berjauhan

Kejarlah nikmat sebenar dalam cinta
Mencintai Allah & Rosul lebih dari segala
Mencintai orang yang dicintai Allah & bersama mereka
Membenci kekufuran seperti takut dicampak ke dalam api-Nya
Mencintai ibu bapa, kaum kerabat, sahabat & masyarakat
Mencintai pasangan & zuriat

Masyarakat itu perlu dikenali & disayangi
           yang terbuka auratnya
           yang membenci ilmu & ilmuwan
           yang mencintai fitnah & umpatan
           yang memerangi para rosul & penyeru kepada Tuhan
           yang mencintai dunia & takutkan kematian
           yang menyokong pemimpin yang berbuat kezaliman
           yang melepaskan nafsu kepada kaum sejenis & bertukar pasangan

Wahai pemuda, wahai pemudi
Carilah pasangan yang tak pernah kenyang
Tak pernah kenyang solat & berjaga malam
Tak pernah kenyang mencintai pasangan
Berwajah elok, bersinar penampilan & murah senyuman
Badan yang cantik di pandangan
Bernama baik, berakhlaq mulia & istiqomah di tempat kebaikan
Tidak boros, tidak berjalan berlebihan
Tidak liar pandangan mata & ucapan

Duhai wanita
Jadilah bidadari di dunia hingga ke syurga
Beramal & beribadatlah
Lembutkan perangai & manis tutur kata
Dicintai & mencintai suami
Memperindah gerakan luar & dalamnya

Duhai lelaki
Kejarlah bidadari dunia
Juga bidadari di akhirat sana
Tiada buangan harian & bulanan,
Tiada cemburu, hanya suaminya dalam pandangan
Bertudung, bermahkota & bermutiara
Terlihat sum-sum tulang di balik dinding betisnya
Seratus mereka setiap hari buat seorang lelaki syurga

Selasa, Julai 10, 2012

Menjadi Jururawat di Arab Saudi

Bismillahirrohmanirrohim. Segala puji bagi Allah Rob, Malik & Ilah sekalian alam. Selawat & salam ke atas junjungan besar Rosulullah SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in & semua yg mengikuti jalan mereka sehingga hari qiamat.

Ma'af kepada para pelawat yg selalu menjenguk laman ini tetapi hampa.

Sebelum berkongsi, ingin sekali saya mengingatkan diri saya dan sidang pembaca khususnya yang berkaitan dengan kejururawatan, untuk mengimbau kembali bumi Madinah adalah bumi kelahiran jururawat pertama di dunia Islam - Rufaidah binti Sa'ad (bacaan lanjut di http://www.ismajordan.com/ismajordan/disebalik-jururawat-itu/). Dalam pada itu, marilah kita bekerja dengan kefahaman bahawasanya Allahlah yang memberi penyakit dan menyembuhkannya.

(Suroh As-Syu'aro', 26 : 80)

Kita sebagai jururawat dan petugas kesihatan yang lain hanyalah bertindak sebagai sebab (asbab) berlakunya penyembuhan merangkumi penyakit jasmani (fizikal/lahiriah) dan rohani (psikologikal, mental, perasaan/ emosi) pesakit. Selain itu, mengingatkan pesakit untuk solat ketika sakit dan redho dengan ketentuannya turut menjadi piawaian bekerja kita.

PERKONGSIAN DARIPADA SENIOR

Semasa di tahun 4 pengajian, dalam penempatan klinikal terakhir di Serian, Samarahan, Sarawak, saya mendapat maklumat terperinci mengenai hal ini daripada senior saya yang pernah bekerja di sana. Semangat yang membuak-buak untuk berkongsi dengan rakan-rakan sepengajian dahulu hanya disampaikan dari mulut ke mulut. Tetapi disebabkan soalan daripada seorang penuntut program ini di Kuantan, menyebabkan saya bersemangat kembali untuk berkongsi semula.

Senior saya itu beragama Kristian, jadi dia mengatakan dia kurang selesa sikit sebab kalau dia nak keluar membeli dia kena tengok jam. Kalau masuk waktu solat tak dapat nak beli, sebab ada yang solat di kawasan kedai (rasanya kedai pun tutup sekejap).Setakat maklumat yang saya terima daripada senior saya tu, dia memberitahu jika seseorang telah berkahwin, maka pasangannya mesti menurunkan tandatangan sebagai tanda bersetuju/ memberi kebenaran. Semasa diberitahu bahawa hanya perlu menjaga 4 atau 5 orang pesakit, senior saya berasa lega, tapi kemudian dia menyatakan hakikat sebenarnya.Walaupun kita menjaga pesakit yang sedikit, tetapi semua urusan pesakit bawah tanggungjawab kita. Kalau mengikut penempatan pengurusan saya (Nursing Management) di Hospital Serian, tugas kami dibahagikan kepada dua. Sebahagian menulis laporan (nursing report), sebahagian lagi melakukan prosedur kepada pesakit. Kalau di Arab Saudi, kedua-dua perkara ni bawah seorang jururawat yang menguruskan. Ubat hanya boleh diambil oleh jururawat yang bertanggungjawab menggunakan cap jarinya dan laporan dibuat secara maya/ elektronik/ berkomputer. Di negara tersebut, sudah tentu umat Islam daripada seluruh dunia yang datang. Oleh sebab itulah, kakak senior saya itu mengatakan yang susah nak mengendalikan kerenah/ adat budaya setiap pesakit yang datang (teringat pulak mata pelajaran Sains Sosial/ Social Science).

Selain itu, saya juga ada mendengar bahawa senior saya baru bekerja selama setahun di Malaysia, tapi telah dapat bekerja di Arab Saudi (masih perlu disahkan).

Dalam satu forum program perkhemahan (mukhoyyam dakhili) di Kuantan, saya pernah ditanya mengenai perancangan 5 tahun ke hadapan, jadi saya menjawab untuk bekerja di Arab Saudi. Namun demikian, ahli forum berkenaan menasihatkan agar kami para peserta membantu da'wah di Malaysia. Dalam pada itu, saya turut bertanya kepada saudara-saudara Muslim sefikroh yang lain, pada pandangan mereka tidak salah untuk mencari pengalaman di negara orang.

Maklumat berikut adalah bersumberkan internet (3 keratan akhbar & 4 laman forum terpilih):


3 KERATAN AKHBAR
1) Sumber  :
Gaji lumayan jadi tarikan
Oleh Zuhayati Yazid
Noorshakinah Hassan Basri (kiri) bersama rakan setugas ketika berkhidmat
di King Faisal Research Hospital, Arab Saudi.


TEMPOH enam tahun bekerja di Arab Saudi sebagai jururawat memberikan banyak pengalaman berharga yang tidak mungkin diperoleh di pusat perubatan tempatan selain dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi menepati standard di negara itu.
''Saya menganggap bekerja di Arab Saudi bukan untuk mengejar gaji lumayan semata-mata, sebaliknya ia memberi pendedahan kepada situasi persekitaran yang berbeza terutama dari segi budaya, bahasa, kehidupan serta bergaul dengan pelbagai kakitangan perubatan di seluruh dunia,'' kata Noorshakinah Hassan Basri.
Dia merupakan antara jururawat tempatan yang pernah berkhidmat di King Faisal Research Hospital, Arab Saudi.
Noorshakinah, anak jati Kuala Lumpur, sanggup berkorban meninggalkan keluarga tercinta di Malaysia demi menimba pengetahuan dan pengalaman bekerja di perantauan serta mencari peluang lebih baik meningkatkan kerjaya.
Ketika memulakan tugas di Arab Saudi pada akhir 1999, beliau ditawarkan dengan gaji RM7,965 sebulan dan insentif lain seperti tempat tinggal serta pengangkutan percuma.
''Memang pada awalnya sangat sedih kerana rindukan keluarga terutama ibu yang sedang sakit di Malaysia, tetapi saya tekadkan hati demi mencari yang terbaik untuk diri sendiri,'' ujarnya yang kini bergelar pensyarah di Kolej Lincoln, Subang Jaya.
Ceritanya lagi, selepas enam bulan berkhidmat di sana, dia dinaikkan gaji sehingga RM9,865 sebulan selepas lulus menduduki peperiksaan tahunan.
''Memang tidak dinafikan jauh berbeza gaji yang ditawarkan di Malaysia iaitu sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.
Jelasnya lagi, tawaran gaji lumayan di Arab Saudi memang dianggap pendorong utama kepada sesetengah rakyat Malaysia berhijrah ke negara itu.
''Bagi saya yang penting, kita sendiri yang tentukan apa tujuan ke sana. Saya sendiri menganggap peluang yang diberikan untuk mempertingkatkan kualiti pekerjaan saya,''ujar pemegang ijazah kejururawatan dari Mahsa Kolej itu.
Sepanjang enam tahun berkhidmat di negara orang pelbagai pengalaman menarik yang dapat dikutip. Apa yang seronoknya, beliau bukan sahaja bekerja dengan rakan dari Malaysia malah kakitangan perubatan dari 35 negara lain.
''Di sana, kita dapat belajar antara satu sama lain mengenai bahasa, budaya, masakan dan adat resam masyarakat mereka, ujarnya yang hanya memerlukan bekerja empat hari seminggu dan syif 12 jam,'' katanya.
Malah ceritanya, selain bekerja, dia dan kawan-kawan sering melakukan pelbagai aktiviti termasuklah melancong di negara-negara lain.
''Dengan ini, tidak wujud tekanan ketika bekerja kerana setiap waktu cuti dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berguna,'' ujarnya yang sempat melakukan dua kali ibadat haji sepanjang bertugas di sana.
Rasa terasing di bumi Arab Saudi itu hanya seketika kerana seronok bekerja, selain mampu bertutur dengan fasih dalam bahasa Arab.
''Majoriti pesakit adalah rakyat tempatan, jadi kita terpaksa bercakap bahasa Arab,'' ujarnya yang memberitahu dia sendiri belajar berbahasa Arab melalui pesakit selain pernah mengikuti kursus bahasa Arab selama enam bulan .
Bagaimanapun katanya, bekerja di luar negara bukanlah semudah disangka kerana seseorang itu memerlukan semangat tinggi dari segi mental dan fizikal serta bersedia untuk berdaya saing.
Menceritakan suasana bekerja di Arab sememangnya agak berbeza di Malaysia kerana masyarakatnya lebih kasar berbanding kita.
''Pernah juga saya dimarahi oleh pesakit tetapi pengalaman itu tidak melemahkan diri untuk terus saya berkhidmat di negara itu dan hanya menganggap sebagai rencah kehidupan di negara orang,'' ujarnya yang suka menghadiahkan senyuman kepada pesakit.
Mungkin disebabkan sikap profesional yang ada dalam diri jururawat Malaysia dan persamaan agama memudahkan jururawat Malaysia diterima di negara- negara Arab.
Katanya lagi, biarpun begitu tidak semua malah ada pesakit yang baik hati mengucapkan terima kasih kerana memberi layanan yang baik sepanjang mereka berada di hospital.
''Saya sendiri pernah menerima gelang emas daripada pesakit selepas sihat,'' ujarnya penuh bangga.
Menurut Shakinah, sebagai jururawat sudah menjadi kelaziman menjadi pendengar setia kepada pesakit malah kemahiran berkomunikasi dengan pesakit serta anggota keluarga pesakit akan memudahkan lagi tugas jururawat .
''Dengan pesakit, kita lebih banyak mendengar luahan perasaan dan menyelami pemahaman mereka tentang penyakit.
''Bayangkan kalau pesakit itu masih muda dan menghidap penyakit yang mengancam nyawa, betapa tertekannya perasaan pesakit itu," tambahnya.
Dia menjelaskan bahawa apabila seseorang itu menghidap penyakit yang kronik seperti kanser, bukan sahaja pesakit yang menderita bahkan keluarganya turut menanggung kesan penyakit tersebut.
''Sebagai manusia biasa kita tak dapat menahan kesedihan apabila pesakit kita meninggal dunia tetapi pada ketika itu keluarga pesakit memerlukan kita.
''Jika kita lebih lemah, sudah tentu kita tak dapat bantu. Untuk itu kita perlu lebih kuat dan tenang," katanya.
Kini selepas enam tahun berkhidmat di negara orang, dia kembali ke tanah air untuk mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dari negara luar untuk anak-anak bangsanya sendiri.


2) Sumber :
TEMPOH lapan tahun bekerja di Arab Saudi sebagai jururawat memberikan banyak pengalaman berharga yang tidak mungkin diperoleh di pusat perubatan tempatan selain dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi menepati standard di negara itu.

"Saya menganggap bekerja di Arab Saudi bukan untuk mengejar gaji lumayan semata-mata, sebaliknya ia juga dapat mendedahkan diri kepada situasi persekitaran yang berbeza terutama dari segi budaya, bahasa, corak kehidupan serta bergaul dengan pelbagai kakitangan perubatan di seluruh dunia," kata Ketua Jururawat, Siti Mariamah, 50, yang baru saja tamat kontrak bekerja di Hospital Tentera di Dhahran, Arab Saudi, September lalu.

Siti Mariamah, anak kelahiran Melaka, sanggup berkorban meninggalkan lima anak serta keluarga di Malaysia demi menimba pengetahuan dan pengalaman bekerja di perantauan serta mencari peluang lebih baik meningkatkan kerjaya.

Beliau berhijrah ke Arab Saudi selepas bekerja selama hampir 17 tahun dalam bidang kejururawatan di Malaysia.

Ketika memulakan tugas di Arab Saudi sekitar 1999, beliau ditawarkan jawatan ketua jururawat dengan gaji RM10,000 sebulan serta mendapat insentif lain seperti tempat tinggal dan pengangkutan percuma.

Kini, selepas lapan tahun bekerja, Siti Mariamah memperoleh gaji RM15,000 sebulan, iaitu jauh berbeza dengan gaji ditawarkan di Malaysia, iaitu sekitar RM3,000-RM4,000. Katanya, tawaran gaji lumayan di Arab Saudi memang dianggap faktor pendorong utama kepada sesetengah rakyat Malaysia berhijrah ke negara itu.

"Bagi saya yang penting, kita kena tentukan apa tujuan ke sama. Saya lihat peluang melanjutkan pelajaran di negara itu mudah dan terbuka luas kerana mempunyai banyak masa terluang berikutan hanya bekerja empat hari seminggu dan syif cuma 12 jam," katanya yang kini pemegang ijazah kejururawatan dari Melbourne, Australia.

Sepanjang lapan tahun, beliau bekerja di tiga hospital tentera di Wadi Al-Dawaser (empat tahun); Tabuk dan Dhahran (masing-masing dua tahun). Apa yang menarik, beliau bukan saja bekerja dengan rakan dari Malaysia, malah juga kakitangan perubatan dari 35 negara lain.

"Sebagai ketua jururawat saya mempunyai kakitangan di bawah saya yang datang dari pelbagai negara, iaitu di kalangan rakyat tempatan, Filipina, Afrika dan lain-lain.

"Di sini, kita dapat belajar antara satu sama lain mengenai bahasa, budaya, masakan dan adat resam masyarakat mereka. Selain bekerja di bawah satu pasukan kami juga melakukan pelbagai aktiviti luar bersama seperti berkhemah, bersukan dan melawat tempat bersejarah menerusi kelab rekreasi yang ditubuhkan. Dengan ini, tidak wujud tekanan ketika bekerja. Waktu cuti, kami adakan aktiviti bersama," katanya.

Arab Saudi sendiri, katanya, adalah sebuah negara unik kerana mempunyai masyarakat, budaya, adat resam dan gaya hidup berbeza dengan Malaysia. Rasa terasing di bumi Arab itu, hanya seketika kerana seronok bekerja, selain mampu bertutur dengan fasih dalam bahasa Arab.

"Majoriti iaitu 99 peratus pesakit adalah rakyat tempatan. Jadi kita kena bercakap bahasa Arab. Semua kakitangan perubatan asing yang datang diberi kursus bahasa Arab selama enam bulan sebaik saja memulakan tugas.

"Cuma ketika bertugas di hospital Dhahran ramai pesakit boleh bertutur bahasa Inggeris dan kehidupan mereka juga lebih moden kerana mereka mendapat pengaruh negara sekitar, iaitu Bahrain, Dubai dan Qatar.

"Sebenarnya kaedah bekerja bidang kejururawatan di Arab Saudi sama saja dengan Malaysia. Kenaikan pangkat tiada beza. Sesiapa yang bagus dan berkualiti peluang naik pangkat cepat," katanya.

Namun, katanya, bekerja di luar negara bukanlah semudah disangka kerana seseorang itu memerlukan semangat tinggi dari segi mental dan fizikal serta bersedia untuk berdaya saing.

Mengimbas rentetan kerjaya sebagai jururawat, belia menjelaskan: "Sebaik menamatkan sijil kejururawatan di Hospital Universiti saya terus bekerja di situ selama enam tahun. Kemudian bekerja di Mount Elizebth Singapura selama empat tahun.

"Saya juga bekerja di beberapa hospital lain di Malaysia termasuk Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Pakar Ampang Puteri. Pengalaman selama 17 tahun bekerja sebagai jururawat dan ketua jururawat di Malaysia sudah cukup. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk bekerja di luar negara untuk mencari kepelbagaian," katanya.

Laporan Khas: Tawaran gaji lumayan punca ramai jururawat berhijrah

Insentif menarik termasuk tiket penerbangan pulang cuti percuma jadi tarikan untuk bekerja terutama di Asia Barat

FENOMENA jururawat berhijrah bekerja di luar negara khususnya di Asia Barat bukan saja berlaku di Malaysia, malah fenomena ini juga melarat di negara Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia kerana mahu mengejar gaji lumayan.

Ramai jururawat berpengalaman antara tiga hingga lima tahun bekerja di tempat sendiri berlumba-lumba mencari peluang bekerja di sana terutama di Arab Saudi.

Faktor lain, jururawat berkenaan tertarik untuk bekerja di sana adalah disebabkan insentif seperti kemudahan tempat tinggal, makanan, pengangkutan, tiket penerbangan pulang bercuti secara percuma berbanding ditawarkan di negara sendiri.

Malah, Bahrain atau Oman, walaupun gaji yang diterima hampir sama lumayan, kurang menarik minat jururawat untuk bekerja kerana tidak memperoleh faedah yang banyak seperti di Arab Saudi.

Ketua Pegawai Eksekutif Melorita Consultants, Armand Abdullah, iaitu syarikat yang menyediakan latihan lanjutan kepada jururawat dan juga penempatan mereka ke hospital di Arab Saudi, mengakui fenomena itu ada kaitannya dengan permintaan tinggi dalam bidang kejururawatan di seluruh dunia dan memperlihatkan trend penghijrahan mereka ke luar negara.

Katanya, jururawat yang bekerja di Arab Saudi boleh memperoleh gaji antara RM9,000 hingga RM12,000 sebulan selain insentif menarik minat jururawat di seluruh dunia termasuk Malaysia ke negara terbabit.

"Walaupun, Bahrain, Oman, Singapura dan Brunei antara negara alternatif menjadi pilihan jururawat bekerja tetapi masih kurang menarik minat mereka kerana tidak memperoleh faedah yang banyak seperti di Arab Saudi.

"Gaji yang ditawarkan di Singapura dan Brunei juga agak tinggi berbanding Malaysia iaitu kira-kira RM7,000 hingga RM8,000. Saya lihat, fenomena penghijrahan itu berlaku di mana-mana saja berikutan ada permintaan tinggi dari negara pembekal. Ketika ini, kira-kira seramai 200 hingga 250 jururawat yang dikendalikan Melorita bekerja di Arab Saudi setiap tahun," katanya.

Beliau berkata, Malaysia adalah antara negara di Asia yang dibayar gaji tinggi iaitu menyamai gaji diterima oleh jururawat lain yang datang dari negara Barat.

Justeru, Melorita juga sentiasa menjaga standard dan bertanggungjawab untuk menyediakan jururawat yang berkemahiran tinggi bagi memastikan mereka mampu mendapat faedah dan gaji yang baik sejajar dengan standard Barat.

Armand berkata, pekerja dari Malaysia diberi kontrak setahun bekerja di Arab Saudi dan mereka boleh menyambung perkhidmatan sekiranya individu itu bersedia untuk terus bekerja di negara terbabit. Lazimnya, di Malaysia mereka memilih antara setahun hingga lima tahun bekerja di Arab Saudi.

"Biasanya jururawat yang bekerja di luar negara akan kembali ke Malaysia selepas tamat kontrak mereka dan kemudian bekerja di hospital kerajaan dan swasta dengan ditawarkan jawatan lebih tinggi seperti penyelia jururawat atau di bahagian pengurusan," katanya.

Armand berkata, sejak syarikat itu ditubuhkan pada 1977, mereka sudah mengeluarkan ribuan pekerja profesional dalam bidang penjagaan kesihatan. Dalam bidang kejururawatan saja, katanya, sekurang-kurangnya 250 orang setahun mengikuti program kemahiran lanjutan di syarikatnya.

Selain itu, ia juga akan terbabit dalam menempatkan semula jururawat yang sudah tamat kontrak untuk bekerja di hospital di Malaysia yang diwakili mereka.

Apa yang penting, Melorita mempunyai misi untuk menyediakan jururawat ke arah kerjaya yang lebih baik dan memastikan mereka yang mendapat pendedahan bekerja di luar negara kembali berkhidmat di negara ini.

"Kita buka peluang pekerjaan di dalam dan luar negara. Kita sedia menawarkan calon untuk bekerja secara kontrak iaitu daripada tiga bulan hingga dua tahun atau secara tetap dengan pelanggan kami di hospital tempatan atau antarabangsa.

"Apa yang penting mereka akan pulang dengan membawa pengalaman paling berguna apabila bekerja di luar negara dan juga menjadikan mereka lebih yakin dan cekap dalam bidang itu.

"Jururawat yang kembali daripada bekerja di negara luar, selalunya menjadi pilihan hospital di Malaysia kerana menyedari pengalaman tinggi ke arah transformasi dan menjadikan bidang penjagaan kesihatan di negara ini lebih profesional dan bertaraf kelas pertama," katanya.

Ditanya mengenai profesion kejururawatan, Armand berpendapat bidang itu amat berpotensi tinggi berikutan peningkatan jumlah penduduk dan pembangunan pesat negara.

"Tambahan pula Malaysia menjadi destinasi menarik dari segi pelancongan perubatan dan serta lebih banyak hospital akan dibangunkan pada masa depan," katanya.

4 LAMAN TERPILIH DARIPADA forum.jururawat.net
(Kepada pelajar ijazah kejururawatan)
 Saya cadangkan awak ambil pengalaman kerja di hospital swasta tu sekurang-kurangnya 1-3 tahun, selepas tu, awak pohon kerja di Arab Saudi..
Tahu berapa gaji di sana, kalau ada ijazah, kira-kira RM14000.
Berbaloi juga dengan penat lelah adik belajar ijazah 4 tahun.
Sambil kerja, ambil pengalaman kemudian dah stabil balik Malaysia.. dan bolehlah pohon balik KKM, HUSM, KPTM.. dan seterusnya.. nak tunggu kerajaan naikkan U41.. tunggu kucing bertanduk dulu..

1. (Ditulis oleh Lynda-salah seorang kakitangan Melorita). Melorita adalah agensi yang khusus dalam membantu jururawat untuk bekerja di Arab Saudi, United Arab Emirates dan sebagainya.

Hospital-hospital terbesar di Arab adalah klien Melorita seperti National Guard, King Faisal dan sebagainya.

Sila layangi web Melorita di http://www.melorita.com atau hubungi salah seorang pekerjanya, Lynda melalui e-mel di lynda@melorita.com

(Pesanan: Boleh baca untuk bersiap sedia memenuhi syarat yang ditetapkan)

2. Apa yang penting, nak kerja di Arab Saudi, perlukan pengalaman bekerja di Malaysia.
Walaupun ada ijazah (degree) dan sarjana (master), tapi tiada pengalaman kerja di Malaysia, tak boleh kerja di sana. Adik-adik yang masih belajar di kolej kejururawatan tu, dah habis belajar, kerja di Malaysia dulu, dapatkan pengalaman dan kerja di tempat yang penuh dengan tekanan, barulah berangan-angan nak kerja di Arab Saudi. Jangan ingat nak kerja di Arab Saudi, nampak duit yang banyak, belum lagi dengan kertas kerja yang berlambak, cara nak berkomunikasi dgn berbagai-bagai bangsa di sana, ingat senang ke, perlu juga fasih berbahasa Inggeris. Fikir-fikirlah ya.

1. (Ditulis oleh Lynda-salah seorang kakitangan Melorita). Untuk kelayakan ke Saudi, perlu sekurang-kurangnya  2 ½  hingga 3 tahun sebagai jururawat, umur minimum  24 tahun ke atas dan Diploma In Nursing (Post Basic dan degree juga digalakkan).

Melorita adalah syarikat yang menolong jururawat untuk ke Arab Saudi, United Arab Emirates, dan sebagainya, dari mendapat kerja hingga jururawat berlepas ke Saudi.

Jika baru atau belum cukup umur 24 tahun, boleh mendaftar dengan Melorita dulu.

Kami selalu berhubung dengan pelanggan kami iaitu hospital-hospital di Arab Saudi dan akan tahu kekosongan yang ada.

Jururawat-jururawat kerajaan tidak berapa faham tentang kerjaya di Arab Saudi. Gajinya bukan hanya lumayan, malah kontrak hanya 1 tahun sahaja. Selepas habis kontrak, boleh bertugas semula dengan kerajaan, tiada masalah.

2. (Written by Zura & answered by Lynda)

-Zura-
lynda..im still a student nurse now...going to finish my diploma by end of this year... means i have to work for 2 to 3 years before going to saudi if i want to right? thats sad..  and im still 21 this year (double sad)..i heard that its not easy to get in private sector especially in kuala lumpur now..they want a few years experience nurses.since im staying in KL..so i wonder where will i work after studying.. its just a months ahead.. so ill better be ready for this.do u have any idea about that..? thanks..

-Lynda-
Foremost, don’t be sad (not reach 25 years old yet). It's good that you will be at just the right age 2-3 years time and gained enough experience. My advice to you is try to get into the unit which gives you most clinical work experience like paediatrics, surgical/medical, critical care.

Do not go into units like outpatient and don't take up Industrial Nursing (factory) because these positions are more suitable when you are more senior and gained a lot of clinical experience.

Do take up post basics if there is an opportunity.

Besides, it is also important that you gained enough experience and maturity before you decide to go to Saudi. It will be at a new country therefore, working experience and age is very important.

You have a very good initiative to find out about your career even though you are still a student nurse. Keep it up! =)

If I'm not mistaken, you're studying in a private college, right? Don't worry. We at Melorita also help nurses for local recruitment. Please remember to contact me at my personal email when you graduate.

We do recruitment for Tropicana Medical Centre , Prince Court Medical Centre ad QHC MC. These are in KL.

Until then, feel free to contact me at my email if you have any queries!

3. Ditanya oleh tyija :

      Boleh saya tahu,
1) Apakah perlu mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris, sebelum memohon bekerja di   
    Arab Saudi?
2) Berapakah gaji dan elaun yang diterima ketika bekerja di sana?
3) Adakah tempat tinggal dan sara hidup di sana disediakan ?

Dijawab oleh Lynda:

1) Ya. Anda perlu berbahasa Inggeris bekerja di Arab Saudi kerana banyak pesakit dan kakitangan yang berasal daripada negara-negara asing selain daripada Malaysia seperti Arab, Britain, Afrika, Filipina dan sebagainya. Malah, ada sesetengah hospital yang memerlukan jururawat mengambil Ujian Bahasa Inggeris sebelum mendapat tawaran.
- Tetapi ini tidak perlu risau kerana kami akan memberi galakan dan sokongan bagaimana meningkatkan tahap Bahasa Inggeris. Lagipun, ujian tidak susah, lebih kurang tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Banyak jururawat kita yang sebelumnya tidak fasih telah dapat meningkatkan tahap berbahasa Inggeris mrk. =)

2) Gaji berbeza antara hospital tetapi gaji yang paling rendahpun RM9000 lebih. Ada hospital yg memberi elaun seperti post basic elaun.

Lagipun ada hospital yg memberi bonus habis kontrak. (Kontrak hanya 1 tahun sahaja yang boleh diperbaharui)

3) Hospital-hospital Arab Saudi akan menanggung and menyedia tempat tinggal jururawat. Rumah adalah apartmen yg tersedia (dikongsi tidak lebih daripada 3 orang) dengan perabot, gimnasium / kolam renang. Malah ada hospital yg menyediakan studio apartmen untuk seorang.

Jururawat Malaysia mendapat semua taraf hidup dan kerja yang tinggi kerana pentadbir Melorita, Dr Mohd Sultan yg telah berjaya mendapatkan taraf jururawat Malaysia setaraf dengan jururawat negara barat.

4. Soalan : Axion
Hai Kak Linda, rasa macam berminat  dengar  tentang kerja di Arab Saudi,tapi orang yang tiada post basic dan pengalaman kerjapun baru 5 tahun, kerja pula di dewan bedah, boleh ke kerja di Arab Saudi? Bahagian mana saya akan ditempatkan nanti?

Jawapan :Lynda
Kerja di Arab Saudi tidak perlu post basic. 5 tahun pengalaman  Axion mencukupi. Malah minima  2 ½ tahun - 3 tahun bekerja sebagai jururawat hospital sudah mencukupi =) .

Axion kerja dewan bedah bagus!..ada kekosongan. Unit yg akan ditempatkan adalah pilihan jururawat sendiri. Asalkan ada pengalaman di unit tu 2 ½  tahun ke atas.


Rata-rata orang Malaysia yg kerja di hospital dibayar melebihi SR10,000 sebulan dan ada sesetengah yang mendapat gaji sehingga SR 20,000 sebulan tu lah yg seronoknya cuma jauh dengan keluarga, tapi soal duit insyaAllah tiada masalah.
Kepada jururawat yang nak datang ke Arab Saudi ni, perlu lah ada pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dan mahir atau fasih dalam Bahasa Inggeris secara lisan dan bertulis. Pastikan mahir dalam bidang anda dan mahir dalam Bahasa Inggeris.
Seperkara lagi yang saya nak kongsi pengalaman saya bekerja di hospital swasta dan kerajaan, seboleh-bolehnya pilihlah hospital kerajaan. terlalu banyak kebaikannya di bandingkan dengan hospital swasta. Buat pengetahuan pembaca atau kepada sesiapa yg berminat kerja di Arab ni, saya dah masuk 3 tahun kerja di sini dalam bidang perubatan. Kepada yg berminat atau hendak mengetahui lebih lanjut tentang kerja di Arab Saudi ni, boleh hubungi saya di- ibnu702002@yahoo.com
(Ibnu Said)










Ahad, Jun 17, 2012

Aplikasi 'Pembersihan' Isro' Mi'roj dalam Jema'ah Da'wah, Ahli Sunnah wal Jama'ah (ASWJ) & Syi'ah



Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh. Segala puji bagi Allah, Robb sekalian 'alam. Selawat & salam ke atas junjungan besar Rosulullah SAW, para sahabat baginda, tabi'in, tabi' tabi'in & sekalian umat Islam yang mengikuti jejak langkah mereka hingga ke Hari Qiamat.



Isro' Mi'roj akan seringkali diceritakan apabila hampir 27 Rejab. Berdasarkan nas yang saya terima setakat ini, pengajaran besar peristiwa Isro' & Mi'roj yang jelas adalah perintah SOLAT FARDHU yang disampaikan oleh Allah tanpa perantaraan malaikat di langit. Manakala, syariat/ ibadat lain (puasa, zakat, haji, dan lain-lain) disampaikan melalui Malaikat Jibril ketika Rosulullah di bumi.



Masih ada dalam kalangan umat Islam menganggap bahawa Rosulullah melalui Isro' Mi'roj dalam keadaan ruh sahaja. Perkara ini perlu diberi perhatian kerana perkataan 'abdihi' iaitu hamba-Nya adalah merangkumi jasad & ruh sekaligus. Perkara ini amat penting kerana berkait dengan iman. Ketidakyakinan terhadap peristiwa ini sangat berbahaya kepada aqidah seorang Islam.

Peristiwa Isro' Mi'roj membuktikan keimanan yang teguh oleh Saiyyidina Abu Bakar. Beliau mengiyakan cerita Isro' Rosulullah yang didengar daripada orang kafir bahkan beliau mengatakan jika Rosulullah mengatakan lebih daripada itu, beliau tetap mempercayainya, sedangkan ketika itu beliau belum mendengar tentang cerita Mi'roj. Beliau digelar dengan gelaran As-Siddiq sejak peristiwa ini. Kedudukannya dalam pandangan Rosulullah adalah digambarkan sebagaimana dalam hadith:

"Tiada seorangpun manusia yang saya seru kepada Islam melainkan mereka liat & berfikir dahulu. Kecuali Abu Bakar, beliau tidak berlengah dan teragak-agak menyahut apa yang saya seru. (Siroh Ibnu Hisyam) *1

"Saya tidak pernah membicarakan kepada seseorang tentang persoalan Islam, melainkan ia berdolak-dalik kepadaku, kecuali putera Abu Quhafah (Abu Bakar), sesungguhnya tiada sesuatupun yang saya bicarakan kepadanya, melainkan dia menerimanya & berpegang teguh kepadanya" *2

"Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya berat lagi keimanan Abu Bakar." (Riwayat Baihaqi) *2

Peristiwa Isro' & Mi'roj membuktikan umat Islam telah dibersihkan oleh Allah SWT dalam sudut aqidah. Terdapat umat Islam yang murtad walaupun perkara ini tidak dipersetujui oleh Sheikh Muhammad Al-Ghozali. Murtad memang berlaku berdasarkan hadith Imam Ahmad (no. 4546):

Nabi SAW dibawa ke Baitul Maqdis. Kemudian baginda pulang semula pada malam yang sama, lalu menceritakan kepada orang ramai tentang perjalanannya ke Baitul Maqdis dan sekumpulan kafilah yang ditemuinya. Lantas beberapa orang daripada mereka berkata: "Kami tidak percaya kepada kata-kata Muhammad." Lalu mereka MURTAD menjadi KAFIR. Kemudian Allah memenggal leher mereka bersama Abu Jahal. 
        (Menurut Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya (3/15), hadith ini diriwayatkan oleh An-Nasa'ie.        
          Isnadnya sohih.)*3

Pembersihan Jema'ah Da'wah


Kalau dilihat dari sudut pandang jema'ah da'wah, telah berlaku & mungkin akan berlaku lagi pembersihan/ penapisan terhadap ahli sesebuah gerakan da'wah. Apabila seseorang yang berda'wah bukan kerana Allah, lambat laun golongan ini akan dikeluarkan oleh Allah SWT dan Allah akan menggantikan mereka. Firman Allah SWT dalam Suroh Muhammad (47:38).

"Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka   antara kamu ada yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini."

Perkara di atas, pernah saya lihat pembersihan & penggantian oleh-Nya. Semoga saya, pembaca blog ini & sekalian umat Islam akan terus tsabat (teguh) di jalan da'wah.


Pembersihan Ahli Sunnah wal Jama'ah (ASWJ) & Syiah
 (SILA BUAT LAGI - RUJUKAN DENGAN ALIM ULAMA & KAJIAN MENDALAM TENTANG 'KEBENARAN' SYIAH)




Suroh Al-Baqoroh (2:208). Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. 


Tidak cukup tutur kata orang yang melaungkan dirinya ASWJ andai dirinya belum mengambil Islam sebagai cara hidupnya secara keseluruhan dalam fikiran, hati dan perbuatannya. Dari kehidupan sebagai rakyat biasa sehinggalah kepada pemerintah tertinggi mesti melihat kepada mu'amalat mereka sehari-hari yang sepatutnya Islam dilaksanakan seluruh aspek kehidupan merangkumi ekonomi, pendidikan, undang-undang/ mahkamah, sistem sosial/ pergaulan, pemerintahan dan dasar luar. Kita bukan hanya memilih hukum Islam yang kita mahukan sahaja iaitu mahkamah syari'ah hanya menumpukan undang-undang kekeluargaan sahaja.


Al Baqarah (2:216) Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 

Melihat kepada peristiwa Isro' & Mi'roj ini, sememangnya kita yang mengaku sebagai ASWJ mestilah mencontohi iman Saiyyidina Abu Bakar yang sentiasa membenarkan apa jua yang disampaikan oleh Rosulullah. Kita diajar untuk meyakini segala perintah Allah walaupun kita tidak mengetahui hikmah di sebalik perintah & larangan Allah. Meyakini tanpa mempersoalkan kewajipan solat, alam ghoib termasuklah alam qubur, dosa, pahala, alam mahsyar, alam akhirat (titian sirot, syurga, neraka), alam ruh, alam malaikat dan alam jin. Bagaimana kita boleh yakin dengan kekuatan cahaya dan angin, alam bunyi, alam telekomunikasi (telefon) dan alam maya (internet)? Hal ini kerana alam-alam ini dapat kita rasai dengan pancaindera tetapi Islam mengajar kita keyakinan dengan HATI. Hal ini membuka kepada satu lagi pintu ajaran Islam iaitu tasawuf (tasawuf akhlaq).

KEBENARAN SYI'AH?

Kelas yang saya hadiri sebentar tadi (16/6/2012) menceritakan bahawa dalam Syi'ah ada juga yang masih berpegang terhadap Al-Qur'an & Sunnah. Ustaz Anas (mohdanas62@gmail.com / 016-454 4856 / Facebook Haji Anas Haji Hasan) menceritakan bahawa ada kanak-kanak lelaki dan perempuan dalam kalangan Syi'ah yang menghafal Al-Qur'an dan cekap dalam mengetahui ayat mana & suroh mana. Perkara ini membuka minda saya mungkin ada lagi Syi'ah yang benar-benar berpegang kepada Al-Qur'an & sunnah. Sebagaimana sebahagian kecil ASWJ yang betul-betul berpegang kepada dua warisan tersebut, mungkin begitu jugalah sebahagian kecil Syi'ah. Perkara inilah mungkin yang menjadi pandangan 2 muslim Amerika yang menghasilkan Siri 'The Arrivals' yang kelihatan menyokong Syi'ah dalam sedutan bahagian 40 - The Truth About 12 Imams - http://www.youtube.com/watch?v=ulLLd7qdvmg&feature=relmfu & bahagian 41 -The Common Ground - http://www.youtube.com/watch?v=x82cKKfaT3U&feature=relmfu. Dapat dilihat dalam huraian hadith yang dinyatakan oleh Sheikh Imron Hussein :

Huraian hadith : keep the link with my family for continuous guidance
Sheikh Imron Hussein:
Question : Why did the prophet say MY family?
Answer : To teach us that after the prophet passes away, one should not assume that our link to him gets cut off, meaning that your link to the prophet remains alive, as long as his family (ahlul bayt) remain within your societies, and respected amongst you.

Hadith yang dimaksudkan : 
Prophet Muhammad S.A.W said "I am leaving among you something of such a nature that if you lay hold of it you will not go astray after I am gone, Allah's Book, a rope streched from heaven to earth, and my close relatives who belong to my household. these two will not separate from one another till they come down to the Pond. So consider how you would act regarding the after my departure." (Reported by Imam Turmuzi) (Biasa Tarmizi/ Tirmizi).


Pengalaman saya berjumpa seseorang yang mengaku dari 'Iroq (Iraq) di tempat kerja, mengatakan pembunuhan Imam ASWJ hanyalah dalam berita yang bersumber daripada Amerika.


KESESATAN SYI'AH ! (*5)


(Atas faktor keselamatan, sebahagian isi slaid dirahsiakan daripada diletakkan dalam blog ini)


Sungguhpun mungkin ada Syi'ah yang benar, kita WAJIB berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan Syi'ah yang sesat. Ustaz Muhammad Ismail (Jawatankuasa Pusat, Ikatan Muslimin Malaysia, ISMA) yang mendedahkan kesesatan mereka yang terkandung dalam kitab-kitab mereka merangkumi  :

a) Sudut aqidah (rukun Islam mereka)-mana syahadah? tambah walayah?

Al-Kulaini meriwayatkan daripada Fudhail daripada Abi Jaafar a.s. Kata beliau: “Islam ditegakkan di atas lima perkara; sembahyang, zakat, puasa, haji dan walayah. Tidak ada satu pun daripada rukun-rukun yang tersebut yang diseru sebagaimana seruan yang diberikan kepada al Walayah. Lalu manusia mengambil keempat-empatnya dan meninggalkan yang ini, iaitu walayah. (Al Kulaini al Usul Min al-Kafi. Jilid 2 halaman 20)

Walayah: Bermaksud peribadi yang mengambil tempat imam Mahdi dan mengeluarkan hukum syaria

Pemimpin syiah hari ini menggunakan ‘wilayah faqeh’ untuk melaksanakan segala kemahuan mereka, mendakwa berhak untuk meminda syariat dan membuat hukum baru

b) Penyelewengan Al-Qur'an. Kepercayaan bahawa Al-Quran yang terdapat di tangan umat Islam kini sudah berlaku tokok tambah, pengurangan, penambahan dan penyelewengan padanya

c) Mencela para sahabat & isteri Rosulullah- Abu Bakar, Umar, A'isyah, Hafsah), mereka meraikan pembunuh Saiyyidina Umar- Abu Lu'lu'

d) Bertaqiyah (= menipu di sisi ASWJ)

Wahai Mu’alla! Sesungguhnya taqiyah adalah agamaku dan agama datuk nenekku dan tidak ada agama bagi orang yang tidak bertaqiyah” (Al Kulaini al Usul min al Kafi jil. 2 hal 225)

e) Nikah mut'ah (nikah kontrak) (= zina di sisi ASWJ) 

f) ASWJ lebih hina daripada anjing. Saya pernah mendengar kisah (tak tahu kebenarannya) bahawa jema'ah tabligh pernah masuk ke masjid Syi'ah, kemudian bekas tapak kakinya disertu (disamak bahasa biasa).
Imamah (Imam 12) & Khalifah adalah antara ajaran utama dalam Syiah
Kata-kata Imam Syafi'e:
“Tidak pernah aku melihat golongan menurut hawa nafsu yang lebih penipu dari golongan syiah”

Kata-kata Imam Abdullah Ibn Al-Mubarak:

“Agama itu bagi ahli hadith, percakapan dan pengkhayalan bagi ahli falsafah, dan penipuan bagi golongan syiah”

Sejarah membuktikan menteri yang bermazhab Syiah membuka pintu untuk tentera Tartar menyerang Kerajaan Islam Umaiyyah.

Laporan ini ditulis oleh ketua Syiah di Malaysia, iaitu Hassan al Atas @ Kamaruzaman, Kelantan. 
Disiarkan dalam majalah Najaf di Iraq
•Menceritakan sejarah gerakan syiah di Malaysia yang menghadapi kesusahan semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri - ramai tokoh-tokoh syiah Melayu seperti Lutfi dikenakan ISA
•Sejak itu kami bergerak secara rahsia hampir 20 tahun
•Sekarang seramai 30.000 orang Melayu telah mengikut agama Syiah
•Sekolah,ada lebih dari 200 pelajar
•Ada syarikat yang membiayai aktiviti
•Sebut nama tokoh-tokoh syiah



Syiah di Malaysia yang saya tahu, baru pukul-pukul badan seperti dalam video (2) di bawah, tetapi belum sampai ke tahap melukakan badan. Isu Wahabi dihangatkan di Malaysia agar isu Syi'ah tak menjadi perhatian. Ingat, Wahabi yang asal adalah ASWJ cuma pengikut kemudian yang bermasalah.

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (3 Mei 1996)
•Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak
•Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang

Sebarang usaha untuk memasukkan fahaman selain Ahli Sunnah Wal Jamaah, terutama Syiah, di rantau Malaysia pasti akan menggugat keharmonian masyarakat. Negara-negara yang mempunyai penganut Syiah, rakyat dan pentadbirannya menjadi tidak stabil. Penganut Syiah selamanya akan cuba untuk mengembang dan mempengaruhi pegangan mereka dalam kalangan pengikut ASWJ. Mereka selamanya tidak mahu tunduk kepada pemerintahan dan pentadbiran ASWJ.

Gambar daripada http://tenteradajjal.blogspot.com/





Video tambahan:
1) Ceramah Ustaz Fathul Bari : http://www.youtube.com/watch?v=s5rBLqCO6mE

2) Puak Syi'ah di Malaysia : http://www.youtube.com/watch?v=RjRWhwIoGdI

3) Sepakat Tolak Syiah : http://www.youtube.com/watch?v=uWA8l5lIp0Q

4) Syiah = Yahudi? : http://www.youtube.com/watch?v=OEhb6IwKXQU

5) Solat Syi'ah (ada qunut yang laknat Abu Bakar, Umar, Hafsah, A'ishah, ada pulak orang tolong pegang mikrofon & ulang & tambah takbir imam-menyemak betul-ajaran Syi'ah mazhab mana ni?): http://www.youtube.com/watch?v=vvK_zRsSEqc

Bacaan tambahan 

(Bagaimana kita bersikap & berhubung dengan mereka-baca pandangan Dr Yusuf Al-Qordhowi) :
http://theotherbrick.wordpress.com/2011/01/12/syiah-isu-kesesatan-umat-islam-sejagat/




Gambar berikut diambil daripada http://bujangsenangbn.blogspot.com/2012/03/pas-adalah-sarang-syiah-pengkafir.html Jika benar apa yang ditulis dan dalam gambar tentang Saudara Mat Sabu, kena berhati-hati, tetapi jika salah, ini adalah fitnah. Boleh jumpa Saudara Mat Sabu untuk tanya dia atau tengok kenyataan yang pernah dikeluarkan. Kita boleh mengetahui isi hati seseorang daripada perlakuan dan kata-katanya.





Rujukan:

*1) Asas-asas Islam : Modul Pembangunan Insan, Dr Ali Laban, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Jilid 1, Kuala Lumpur, m/s 92

*2) Sepuluh Yang Dijamin Masuk Syurga, Syed Ahmad Semait, Pustaka Islamiyah Pte Ltd, Singapura. m/s 15

*3) Fiqh Sirah, Syeikh Muhammad Al-Ghozali, Pustaka Salam Sdn. Bhd., Januari 2010, m/s 240

4) Al-Qur'an Digital

*5) Slaid powerpoint Ustaz Muhammad Ismail, Exco Perkaderan Jawatankuasa Pusat (JKP) ISMA Pusat

Rabu, April 18, 2012

Hari Pertama Bekerja Sebagai Jururawat Terlatih (Staff Nurse) (Siri 1)

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya milik Allah, Robb & Ilah sekalian alam. Selawat & salam ke atas junjungan Rosulullah SAW, para rosul, para nabi, siddiqin, syuhada' & solihin.

Alhamdulillah sekali lagi kerana Allah Ta'ala menetapkan diri ini dapat juga bekerja sebagai seorang jururawat terlatih (staff nurse) dalam sebuah pusat rawatan swasta yang menekankan ciri & nilai Islam dalam gerak kerjanya. Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (saya akan tulis sebagai Az-Zahrah dalam tulisan ini) yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor, ditubuhkan pada tahun 1997 dengan 7 buah katil dan kini berjumlah 40 buah katil dan bakal bertambah kepada 60 buah. Kakitangan pula bermula dengan kira-kira 9 atau 11 orang & kini menjadi 230 orang kakitangan. Asrama untuk kakitangan hanya untuk perempuan & telah penuh. Ahli Lembaga Pengarahnya terdiri daripada En Abdul Rahman Mat Dali & En Zaim Shaari.


Sebelum mendapat lesen jururawat pada bulan 8 atau 9 tahun 2011, saya telahpun memohon (tanpa lesen) kerja sebagai jururawat di empat hospital swasta di Kuantan. Setelah menunggu lebih kurang 7 bulan di Kuantan & desakan untuk mencukupkan 30 markah untuk Perkembangan Profesional Berterusan-PPB-(saya terjemah sendiri) atau Continuous Professional Development-CPD, saya terpaksa memohon ke pusat rawatan di luar Kuantan. Untuk PPB ini, setakat 2 hari lepas (16/4/2012), markah terkini yang perlu dikumpulkan adalah 30, bukan 25 sebagaimana yang tercatat dalam risalah panduan iaitu 25-30 markah -http://www.moh.gov.my/images/gallery/Garispanduan/CPD/CPD_For_Nurses_UDP081010.pdf. Setiap jururawat perlu mendapatkan markah yang mencukupi sebelum 1 September setiap tahun & dikenakan denda  setelah tarikh tersebut. Lesen ini adalah bersifat tahunan sama seperti doktor. Lesen untuk tahun 2013 perlu dikumpulkan sebelum tahun tersebut tiba. Tanpa lesen tersebut, seseorang  tidak boleh mengamalkan amalan jururawat di dalam mana-mana bahagian persekutuan.

Baiklah, manfaat & gaji Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah atau Az-Zahrah Islamic Medical Centre atau AZIM, insyaAllah akan dikongsikan dalam tulisan akan datang (tertakluk kepada peraturan Az-Zahrah & Ketua Sumber Manusia - En Zaim Shaari).

Hari pertama itu merupakan hari yang amat bersejarah. Bermula dengan perhimpunan awal pagi, proses suai kenal (orientasi) bahagian dan kakitangan Az-Zahrah & akhirnya baru ke bahagian Kecemasan & Luka (saya terjemah sendiri)-K&L (Emergency & Trauma - E&T atau nama lama di hospital kerajaan - Accident & Emergency -A&E).

Saya diberi masa 2 minggu untuk suai kenal di bahagian tersebut. Jururawat di wad semuanya perempuan tetapi di K&L, terdapat jururawat lelaki & perempuan serta pembantu perubatan (MA-Medical Assistant). Untuk 2 minggu pertama, saya akan bekerja dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang & cuti pada hari Sabtu & Ahad. Rehat pukul 1 tengah hari hingga 2 petang. Selepas itu barulah sistem giliran (shift) dikenakan kepada saya dan satu hari cuti. Sistem giliran tersebut dipecahkan kepada 3 iaitu 8 pagi-3 petang, 3 petang-10 malam & 10 malam-8 pagi. Terdapat satu masa yang lain iaitu 5 petang hingga 12 malam. Mungkin untuk mempermudah urusan saya, ketua bahagian tersebut memberikan saya peluang untuk masuk kerja jam 8 pagi & tamat jam 5 petang.

Penggunaan telefon adalah dilarang sama sekali semasa tempoh bekerja dan sebenarnya dilarang untuk dibawa. Oleh yang demikian, kepada yang ingin menghubungi saya, sila hubungi Az-Zahrah di talian 03-89212525, kemudian minta disambungkan ke bahagian kecemasan/ pesakit luar.

InsyaAllah, saya dan seorang lagi sahabat sekerja akan terlibat dalam pemeriksaan kesihatan yang ditaja oleh Az-Zahrah kepada peserta Program Imam Muda Siri 3 pada 23 April 2012.

Khamis, Februari 23, 2012

SAJAK : JELAS DAN CELARU



LAGU 1


Belia itu hilang pedoman

Hilang hala tuju perjuangan

Hilang perhatian masa kini, masa depan

Hilang pertimbangan kenegaraan

Hilang sifat Muslim dan adat ketimuran

Berkiblatkan barat dalam peribadi, pertuturan, perlakuan





Belia dulu di sawah, di lautan

Belia kini di pusat maksiat dan hiburan

Belia dulu membangun negara mengangkat agama

Belia kini larut kemelut mengetepi pelukannya

Mentafsir menodai kemuliaan anutannya

Wahai belia, benarkah agama itu semuanya sama?



Remaja selesa merosak diri

Tiada budi bahasa tiada budi pekerti

Muflis lambang bangsa sendiri

Bangsa dan raja ditolak ke tepi

Hilang hormat dan adab terhadap tradisi

Hilang malu, dedah sana sini

Asyik berhibur dan alpa tiap hari

Jiwa kebendaan, telefon berganti-ganti

Bermain, bersosial di komputer seorang diri

Ketagih rokok, dadah, arak, zina, jenayah, gengster, rempit dan judi

Hanya tahu memuas nafsu sendiri

Lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki

Oh, inikah remaja harapan masa kini?



LAGU 2



Agama dibincang sesuka hatimu

Bukan tujuan mendidik, menambah ilmu

Mereka yang ahli tidak kautemu

Suka berpecah bukan menyatu

Gadai prinsip, jual agama kerana dunia sementara itu

Basah lidah menyebut Tuhanmu

Gerak badan tersusun selalu

Adakah hatimu turut bersatu?



Kahwin atas nama cinta

Kurang ilmu mendidik, rendah ilmu hukum di dada

Atau di sana ada matlamat mulia

Membangun generasi manfaat untuk semua

Ibu bapa tiada tauladan suri

Lalu media cetak, media elektronik ganti mendidik mengisi

Bercampurlah baik dan keji

Walau bercanggah pelajaran Islami

Guru tidak mendidik jiwa dan hati

Membilang cemerlang periksa di kemudian hari

Suasana negatif masyarakat memberi

Hanya mengurus rumah sendiri

Kainku biar kujagai

Kainmu jagalah sendiri




LAGU 3



Wahai orang muda zaman ini

Bukalah dada, celiklah minda, cucilah hati

Jalinlah hubungan baik, usah meninggi diri

Jagalah nafsu nafsi

Punya kesungguhan diri

Punya cita-cita tersendiri

Membangun tamadun bangsa, agama dan negara ini

Gilaplah potensi mulai hari ini

Pijaklah kukuh sejarah gemilang bangsa ini

Warisilah jenis pimpinan dan terus membaiki

Itulah orang muda dicari kini





Mari bangkit generasi harapan beragenda

Milikilah sahsiah mulia

Mempengaruhi di mana-mana

Menjadi ikan, tidak masin dalam samudera

Dijunjung agama, dikelek dunia

Ambillah hakikat dan syariat semuanya

Tarikat dan makrifat diadun bersama

Jangan akal dan nafsu yang mendewa

Kejarlah akhirat, dunia pasti ikut serta

Ingat, bahagianmu di dunia turut ada



Musuh Allah merancang penuh teliti

Merosak harga diri, memusnah jati diri

Berbangga kita dengan akta dan enakmen lalu bergoyang kaki

Menonton cerita dan berita sambil menjaga periuk nasi sendiri

Menunggu tanah dan dominasi hilang di sisi

Usah menunggu lagi

Selesaikan masalah, bentenglah ummah dan diri

Jadilah penyeru kepada Ilahi.





1.44 tengah hari,

18 Februari 2012,

Universiti Islam Antarabangasa Malaysia (UIAM), Kampus Kuantan,

sempena Seminar Kecelaruan Identiti Belia: Di mana Penyelesaiannya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...