Sabtu, Mei 07, 2011

Isi rakaman ceramah Ustaz Zahazan di Masjid Ikhwanul Islam, Samariang, Kuching, Sarawak

Setelah ana menyemak ejaan, maksud dan baris dengan 3 orang ustaz, berikut hasil yang ana dapat tulis daripada kuliah Ustaz Zahazan tersebut.

Daripada hadith :

Bacaan 1
Wahai Allah, fahamkanlah dia (Rosulullah doa untuk Ibnu Abbas) dalam agama,

Dan kurniakanlah dia ilmu ta'wil


Bacaan 2

Wahai Allah, fahamkanlah dia dalam agama,
Dan kurniakanlah dia kebijaksanaan/ hikmah


Bacaan 3

Wahai Allah, fahamkanlah dia dalam agama,
Dan jadikanlah dia penyebar ilmu



Ana ubah (untuk bacaan imam) :

Bacaan 1
Wahai Allah, fahamkanlah kami dalam agama,
Dan kurniakanlah kami ilmu ta'wil


Bacaan 2
Wahai Allah, fahamkanlah kami dalam agama,
Dan kurniakanlah kami kebijaksanaan/ hikmah

Bacaan 3
Wahai Allah, fahamkanlah kami dalam agama,
Dan jadikanlah kami penyebar ilmu


Berikut adalah daripada facebook Ustaz Zahazan yang diambil pada 11 Julai 2012 yang bertarikh 1 November 2011.

Isnin, Mei 02, 2011

Pembetulan Lafaz Istighfar dalam Rencana yang Lalu

Assalamuálaikum kepada sekalian pembaca blog ini. Ana memohon maáf kerana mengambil masa untuk mengemaskini blog. Ada beberapa tugasan yang menyebabkan ana tidak mampu menujah papan kekunci. Alhamdulillah, akhirnya, jari-jemari ana kini mampu kembali menekannya. Semoga Allah terus mengurniakan sifat istiqomah kepada ana dan sidang pembaca untuk terus mendalami, mengamalkan dan menyebarkan ilmu yang ada.

Dalam rencana yang lalu (Meneliti Bacaan & Doa dalam Al-Ma'thurot), ana telah sampaikan perkara yang tidak tepat. Ana memohon ampun daripada Allah dan meminta maáf kepada sekalian pengunjung blog ana ni.

Dalam artikel itu, ana menyatakan:

Di sini, ana kongsikan 6 perbezaan yang ana lihat itu. Apa yang ana 'amalkan adalah apa yang diberitahu oleh Ustaz Deding (Ustaz dari Indonesia yang mengajar Bahasa Arab di Unimas-tapi dah kembali ke Indonesia) :
1) Al-Hayyu sepatutnya dibaca Al-Hayya
2) Al-Qoyyumu sepatutnya dibaca Al-Qoyyuma

(Perkara 1 & 2  ini disampaikan oleh Akh Azrin daripada Ustaz Deding-kerana melihat huruf ha yang berbaris atas dalam kalimat Allah dalam istighfar ini). Dalam buku Ma'thurot yang dikeluarkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), istighfar ini ditulis sebagaimana yang ana nyatakan iaitu Al-Hayya dan Al-Qoyyuma.



Merujuk kepada ceramah Ustaz Zahazan di Masjid Ikhwanul Islam, Semariang, Kuching, Sarawak, kedua-dua lafaz istighfar di atas (Al-Hayya/ Al-Hayyu, Al-Qoyyuma/ Al-Qoyyumu), semuanya ada periwayatannya daripada Rosulullah SAW. Maka kedua-dua lafaz tersebut adalah benar dan boleh di'ámalkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...