Rabu, Jun 19, 2013

TEKS PERUTUSAN HARI KEPUTERAAN SAYA : UTAMAKAN UMMAT, BANGKITKAN JURURAWAT





Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh.


Segala puji bagi Allah, Robb sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya, para sahabatnya, tabi'in, tabi' tabi'in dan semua yang mengikuti JEJAK LANGKAH mereka hingga ke Hari Qiamat.


Salam 1 Ummah dan 1 Nusantara.


 

Muqoddimah 

 Hari kelahiran adalah satu hari yang biasa diraikan oleh sesiapa sahaja yang merasakan hari tersebut merupakan hari yang bermakna bagi dirinya dan orang lain yang penting dalam hidupnya.

Bagi seorang Muslim yg mu'min, sudah tentu Allah & Rosul-Nya adalah yang terpenting dalam hidupnya dalam usaha merasai kemanisan iman dalam hatinya. 
Manisnya berjumpa Allah lebih manis daripada manisnya madu


Allah bersifat qodim (sedia ada), baqo' (berkekalan) & mukholafatuhu lil hawadith (bersalahan dengan yang baru). Mana mungkin kita meraikan hari kelahiran bagi Tuhan. Meraikan hari kelahiran kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW adalah satu perayaan bagi mereka yang mencintai Rosulullah khususnya di bumi Nusantara. Bagi yang merasakan sambutan ini bid'ah, cuba berlapang dada dengan perbezaan pendapat berkaitan sambutan Maulidur Rosul.


Sebelum saya menceritakan kelahiran saya, eloklah kisah umat yang perlu saya ceritakan terlebih dahulu. 

"Ummati, Ummati"
 
UMAT LEBIH PENTING DARIPADA DIRI SENDIRI. Ahli politik & mereka yang minat politik tolong faham betul-betul ayat ni.

Berdasarkan maklumat yang saya terima, pembunuhan umat Islam berfahaman ahli sunnah wal jama'ah (ASWJ) di Syria lebih teruk daripada apa yang berlaku di bumi Palestin (berdasarkan maklumat yang mengatakan perbezaan bilangan korban & tempoh masa serangan-[terima kasih bagi sesiapa yang boleh bagi pautan/ link). (Bacaan lanjut- http://islamic-relief.org.my/  & http://islamic-relief.org.my/category/syria-news/ )

Palestin masih belum bebas. Itu tanggungjawab semua umat Islam untuk membebaskannya. Ya Allah, izinkanlah kami membebaskan Palestin, syahid kubro & diquburkan di sana. 

Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin. Amin.
Seluruh umat Islam memerlukan pertolongan Allah dengan syarat umat Islam bersatu sesama mereka (dan menghulurkan bantuan) & berwaspada dengan musuh Allah di dalam & di luar diri & negara mereka. Serangan fizikal di Selatan Siam (Thai), Burma, Palestin & Syria. Serangan aqidah - Kristianisasi & Syiah di Malaysia, Kristianisasi di Indonesia.

Kalau tak dapat/ terlupa membantu dengan duit, tolonglah doa pada waktu-waktu mustajab doa (selepas solat fardhu, dalam sujud, ketika hujan lebat, antara 2 khutbah Juma'at, dll). Seboleh-bolehnya mintalah dengan penuh perasaan sehingga air mata bergenang/ mengalir membasahi pipi/ tangan/ baju/ lantai/ sejadah.

 Diri

Andainya penceritaan diri ini tidak membawa sidang pembaca lebih dekat kepada Allah, saya nasihatkan tinggalkan pembacaan ini.

Saya tidak sama sekali menyeru kalian kepada saya, kerana wujud yang hakiki & mutlak hanyalah Allah SWT. Dia Hidup dan tidak mati.

Sesungguhnya Rosulullah SAW pernah bersabda,
"Sesiapa yang mempelajari seni pidato untuk menarik perhatian manusia kepada DIRINYA, maka pada Hari Qiamat nanti, ibadatnya, sama ada yang FARDHU mahupun yang SUNAT, tidak akan diterima 
(Rujukan Kitab Fadhilat Tabligh, ayat Al-Qur'an 2, m/s 5 - daripada Kitab Targhib, hadith riwayat Turmuzi, Abu Daud).

Tanggal 2 Syawal 1406H bersamaan 10 Jun 1986M merupakan hari aku dilahirkan. 

Berdasarkan kisah dari lisan bonda tercintaku, ketika kelahiranku di Hospital Umum Sri Aman, Sarawak, seorang jururawat meminta ibu & bapaku melihat apa yang aku buat ketika baru lahir. Aku menangis sambil menunjukkan tempat di mana semut menggigitku.

Ayahandaku juga menceritakan bahawa dia dapat melihat aku sudah lahir walaupun tidak berada di sisi ibuku ketika aku dilahirkan.

Alhamdulillah, TERIMA KASIH & JAZAKALLAHU KHOIRON KATHIRO atas semua ucapan selamat hari lahir. Walaupun nombor usia hidup saya semakin bertambah, hakikatnya nombor usia mati saya semakin berkurang.Usia hidup berkadar songsang dengan usia mati.

Jururawat

Jururawat merupakan antara insan terawal menilai perbuatanku. Kini, izinkan aku menilai jururawat pula.

Jururawat merupakan majoriti dalam sektor kesihatan. Mereka adalah antara orang di barisan hadapan apabila pesakit tiba di bahagian kecemasan dan wad. Baiknya layanan jururawat memainkan peranan penting dalam menjaga imej kerjaya jururawat & hospital di mana mereka bekerja. 

Jururawat yang saya impikan adalah jururawat yang boleh terlibat dalam membantu umat Islam & bukan Islam apabila mereka dilanda musibah tak kira sama ada di Malaysia, di Nusantara mahupun di seantero dunia. Jururawat itu juga bersedia mendidik hati, minda & tabiat pesakit mahupun orang di sekeliling mereka. 

Nantikan analisis filem TV3, "Suamiku Jururawat" dalam masukan (entri) akan datang untuk kupasan lanjut berkenaan jururawat.
Penutup


Semoga Allah menjadikan kita seorang Muslim (yang benar-benar tunduk & patuh kepada segala perintah & larangan-Nya), seterusnya menjadi seorang mu'min, kemudian menjadi seorang yang muhsin. (Islam, Iman, Ihsan). 

Seseorang yang ingin mendekatkan dirinya dengan Allah, jangan abaikan mendalami ilmu syariat & ilmu hakikat. Ilmu syariat (syariat & toriqat)-ilmu kulit, ilmu hakikat (hakikat & ma'rifat)-ilmu isi. Kalaulah boleh saya ibaratkan ilmu kulit ibarat sebelah kaki & ilmu isi ibarat sebelah kaki yang lain-Tempangnya perjalanan seseorang yang berjalan menuju Allah apabila hanya menggunakan sebelah kakinya. Sesungguhnya Allah menerima amal yang dikerjakan secara batin DAN zohir, bukan zahir ATAU batin.

Sebagai penutup , renungkanlah kata-kata Imam Malik di bawah ini;
 (kafir zindi-terkeluar daripada Islam-pandangan ahli fiqah) (fasik-berdosa besar hingga mati-pandangan ahli tasawuf), (tahkik-benar)

Sesiapa bertasawuf tanpa (memahami) fiqah, sesungguhnya dia kafir zindi,
Sesiapa mempunyai fiqah tanpa bertasawuf sesungguhnya dia fasiq,
Sesiapa menghimpunkan kedua-duanya (tasawuf & fiqah), nescaya dia tahkik.

(Rujukan : Kitab Hikam Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Jilid 1, Halaman xlvii-Hukum Mempelajari Tasawuf) 
 

Semoga amal kita lebih banyak daripada berkata-kata.
Biar amal yang berbicara.

Salam SAYANG & salam PERPADUAN untuk seluruh umat Islam & bukan Islam di seluruh dunia.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...