Ma'af kepada para pelawat yg selalu menjenguk laman ini tetapi hampa.
Sebelum berkongsi, ingin sekali saya mengingatkan diri saya dan sidang pembaca khususnya yang berkaitan dengan kejururawatan, untuk mengimbau kembali bumi Madinah adalah bumi kelahiran jururawat pertama di dunia Islam - Rufaidah binti Sa'ad (bacaan lanjut di http://www.ismajordan.com/ismajordan/disebalik-jururawat-itu/). Dalam pada itu, marilah kita bekerja dengan kefahaman bahawasanya Allahlah yang memberi penyakit dan menyembuhkannya.
(Suroh As-Syu'aro', 26 : 80) |
Kita sebagai jururawat dan petugas kesihatan yang lain hanyalah bertindak sebagai sebab (asbab) berlakunya penyembuhan merangkumi penyakit jasmani (fizikal/lahiriah) dan rohani (psikologikal, mental, perasaan/ emosi) pesakit. Selain itu, mengingatkan pesakit untuk solat ketika sakit dan redho dengan ketentuannya turut menjadi piawaian bekerja kita.
PERKONGSIAN DARIPADA SENIOR
Semasa di tahun 4 pengajian, dalam penempatan klinikal terakhir di Serian, Samarahan, Sarawak, saya mendapat maklumat terperinci mengenai hal ini daripada senior saya yang pernah bekerja di sana. Semangat yang membuak-buak untuk berkongsi dengan rakan-rakan sepengajian dahulu hanya disampaikan dari mulut ke mulut. Tetapi disebabkan soalan daripada seorang penuntut program ini di Kuantan, menyebabkan saya bersemangat kembali untuk berkongsi semula.
Senior saya itu beragama Kristian, jadi dia mengatakan dia kurang selesa sikit sebab kalau dia nak keluar membeli dia kena tengok jam. Kalau masuk waktu solat tak dapat nak beli, sebab ada yang solat di kawasan kedai (rasanya kedai pun tutup sekejap).Setakat maklumat yang saya terima daripada senior saya tu, dia memberitahu jika seseorang telah berkahwin, maka pasangannya mesti menurunkan tandatangan sebagai tanda bersetuju/ memberi kebenaran. Semasa diberitahu bahawa hanya perlu menjaga 4 atau 5 orang pesakit, senior saya berasa lega, tapi kemudian dia menyatakan hakikat sebenarnya.Walaupun kita menjaga pesakit yang sedikit, tetapi semua urusan pesakit bawah tanggungjawab kita. Kalau mengikut penempatan pengurusan saya (Nursing Management) di Hospital Serian, tugas kami dibahagikan kepada dua. Sebahagian menulis laporan (nursing report), sebahagian lagi melakukan prosedur kepada pesakit. Kalau di Arab Saudi, kedua-dua perkara ni bawah seorang jururawat yang menguruskan. Ubat hanya boleh diambil oleh jururawat yang bertanggungjawab menggunakan cap jarinya dan laporan dibuat secara maya/ elektronik/ berkomputer. Di negara tersebut, sudah tentu umat Islam daripada seluruh dunia yang datang. Oleh sebab itulah, kakak senior saya itu mengatakan yang susah nak mengendalikan kerenah/ adat budaya setiap pesakit yang datang (teringat pulak mata pelajaran Sains Sosial/ Social Science).
Selain itu, saya juga ada mendengar bahawa senior saya baru bekerja selama setahun di Malaysia, tapi telah dapat bekerja di Arab Saudi (masih perlu disahkan).
Dalam satu forum program perkhemahan (mukhoyyam dakhili) di Kuantan, saya pernah ditanya mengenai perancangan 5 tahun ke hadapan, jadi saya menjawab untuk bekerja di Arab Saudi. Namun demikian, ahli forum berkenaan menasihatkan agar kami para peserta membantu da'wah di Malaysia. Dalam pada itu, saya turut bertanya kepada saudara-saudara Muslim sefikroh yang lain, pada pandangan mereka tidak salah untuk mencari pengalaman di negara orang.
Maklumat berikut adalah bersumberkan internet (3 keratan akhbar & 4 laman forum terpilih):
3 KERATAN AKHBAR
1) Sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm
Gaji lumayan jadi
tarikan
Oleh Zuhayati Yazid
|
TEMPOH enam tahun
bekerja di Arab Saudi sebagai jururawat memberikan banyak pengalaman berharga
yang tidak mungkin diperoleh di pusat perubatan tempatan selain dapat
meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi menepati standard di negara itu.
''Saya menganggap
bekerja di Arab Saudi bukan untuk mengejar gaji lumayan semata-mata, sebaliknya
ia memberi pendedahan kepada situasi persekitaran yang berbeza terutama dari
segi budaya, bahasa, kehidupan serta bergaul dengan pelbagai kakitangan perubatan
di seluruh dunia,'' kata Noorshakinah Hassan Basri.
Dia merupakan antara
jururawat tempatan yang pernah berkhidmat di King Faisal Research Hospital,
Arab Saudi.
Noorshakinah, anak
jati Kuala Lumpur, sanggup berkorban meninggalkan keluarga tercinta di Malaysia
demi menimba pengetahuan dan pengalaman bekerja di perantauan serta mencari
peluang lebih baik meningkatkan kerjaya.
Ketika memulakan tugas
di Arab Saudi pada akhir 1999, beliau ditawarkan dengan gaji RM7,965 sebulan
dan insentif lain seperti tempat tinggal serta pengangkutan percuma.
''Memang pada awalnya
sangat sedih kerana rindukan keluarga terutama ibu yang sedang sakit di
Malaysia, tetapi saya tekadkan hati demi mencari yang terbaik untuk diri
sendiri,'' ujarnya yang kini bergelar pensyarah di Kolej Lincoln, Subang Jaya.
Ceritanya lagi,
selepas enam bulan berkhidmat di sana, dia dinaikkan gaji sehingga RM9,865
sebulan selepas lulus menduduki peperiksaan tahunan.
''Memang tidak
dinafikan jauh berbeza gaji yang ditawarkan di Malaysia iaitu sekitar RM2,000
hingga RM3,000 sebulan.
Jelasnya lagi, tawaran
gaji lumayan di Arab Saudi memang dianggap pendorong utama kepada sesetengah
rakyat Malaysia berhijrah ke negara itu.
''Bagi saya yang
penting, kita sendiri yang tentukan apa tujuan ke sana. Saya sendiri menganggap
peluang yang diberikan untuk mempertingkatkan kualiti pekerjaan saya,''ujar
pemegang ijazah kejururawatan dari Mahsa Kolej itu.
Sepanjang enam tahun
berkhidmat di negara orang pelbagai pengalaman menarik yang dapat dikutip. Apa
yang seronoknya, beliau bukan sahaja bekerja dengan rakan dari Malaysia malah
kakitangan perubatan dari 35 negara lain.
''Di sana, kita dapat
belajar antara satu sama lain mengenai bahasa, budaya, masakan dan adat resam
masyarakat mereka, ujarnya yang hanya memerlukan bekerja empat hari seminggu
dan syif 12 jam,'' katanya.
Malah ceritanya,
selain bekerja, dia dan kawan-kawan sering melakukan pelbagai aktiviti
termasuklah melancong di negara-negara lain.
''Dengan ini, tidak
wujud tekanan ketika bekerja kerana setiap waktu cuti dipenuhi dengan
aktiviti-aktiviti yang berguna,'' ujarnya yang sempat melakukan dua kali ibadat
haji sepanjang bertugas di sana.
Rasa terasing di bumi
Arab Saudi itu hanya seketika kerana seronok bekerja, selain mampu bertutur
dengan fasih dalam bahasa Arab.
''Majoriti pesakit
adalah rakyat tempatan, jadi kita terpaksa bercakap bahasa Arab,'' ujarnya yang
memberitahu dia sendiri belajar berbahasa Arab melalui pesakit selain pernah
mengikuti kursus bahasa Arab selama enam bulan .
Bagaimanapun katanya,
bekerja di luar negara bukanlah semudah disangka kerana seseorang itu
memerlukan semangat tinggi dari segi mental dan fizikal serta bersedia untuk
berdaya saing.
Menceritakan suasana
bekerja di Arab sememangnya agak berbeza di Malaysia kerana masyarakatnya lebih
kasar berbanding kita.
''Pernah juga saya
dimarahi oleh pesakit tetapi pengalaman itu tidak melemahkan diri untuk terus
saya berkhidmat di negara itu dan hanya menganggap sebagai rencah kehidupan di
negara orang,'' ujarnya yang suka menghadiahkan senyuman kepada pesakit.
Mungkin disebabkan
sikap profesional yang ada dalam diri jururawat Malaysia dan persamaan agama
memudahkan jururawat Malaysia diterima di negara- negara Arab.
Katanya lagi, biarpun
begitu tidak semua malah ada pesakit yang baik hati mengucapkan terima kasih
kerana memberi layanan yang baik sepanjang mereka berada di hospital.
''Saya sendiri pernah
menerima gelang emas daripada pesakit selepas sihat,'' ujarnya penuh bangga.
Menurut Shakinah,
sebagai jururawat sudah menjadi kelaziman menjadi pendengar setia kepada
pesakit malah kemahiran berkomunikasi dengan pesakit serta anggota keluarga
pesakit akan memudahkan lagi tugas jururawat .
''Dengan pesakit, kita
lebih banyak mendengar luahan perasaan dan menyelami pemahaman mereka tentang
penyakit.
''Bayangkan kalau
pesakit itu masih muda dan menghidap penyakit yang mengancam nyawa, betapa
tertekannya perasaan pesakit itu," tambahnya.
Dia menjelaskan bahawa
apabila seseorang itu menghidap penyakit yang kronik seperti kanser, bukan
sahaja pesakit yang menderita bahkan keluarganya turut menanggung kesan
penyakit tersebut.
''Sebagai manusia
biasa kita tak dapat menahan kesedihan apabila pesakit kita meninggal dunia
tetapi pada ketika itu keluarga pesakit memerlukan kita.
''Jika kita lebih
lemah, sudah tentu kita tak dapat bantu. Untuk itu kita perlu lebih kuat dan
tenang," katanya.
Kini selepas enam
tahun berkhidmat di negara orang, dia kembali ke tanah air untuk
mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dari negara luar untuk anak-anak bangsanya
sendiri.
2) Sumber :
TEMPOH lapan tahun
bekerja di Arab Saudi sebagai jururawat memberikan banyak pengalaman berharga
yang tidak mungkin diperoleh di pusat perubatan tempatan selain dapat
meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi menepati standard di negara itu.
"Saya menganggap bekerja di Arab Saudi bukan untuk mengejar gaji lumayan semata-mata, sebaliknya ia juga dapat mendedahkan diri kepada situasi persekitaran yang berbeza terutama dari segi budaya, bahasa, corak kehidupan serta bergaul dengan pelbagai kakitangan perubatan di seluruh dunia," kata Ketua Jururawat, Siti Mariamah, 50, yang baru saja tamat kontrak bekerja di Hospital Tentera di Dhahran, Arab Saudi, September lalu.
Siti Mariamah, anak kelahiran Melaka, sanggup berkorban meninggalkan lima anak serta keluarga di Malaysia demi menimba pengetahuan dan pengalaman bekerja di perantauan serta mencari peluang lebih baik meningkatkan kerjaya.
Beliau berhijrah ke Arab Saudi selepas bekerja selama hampir 17 tahun dalam bidang kejururawatan di Malaysia.
Ketika memulakan tugas di Arab Saudi sekitar 1999, beliau ditawarkan jawatan ketua jururawat dengan gaji RM10,000 sebulan serta mendapat insentif lain seperti tempat tinggal dan pengangkutan percuma.
Kini, selepas lapan tahun bekerja, Siti Mariamah memperoleh gaji RM15,000 sebulan, iaitu jauh berbeza dengan gaji ditawarkan di Malaysia, iaitu sekitar RM3,000-RM4,000. Katanya, tawaran gaji lumayan di Arab Saudi memang dianggap faktor pendorong utama kepada sesetengah rakyat Malaysia berhijrah ke negara itu.
"Bagi saya yang penting, kita kena tentukan apa tujuan ke sama. Saya lihat peluang melanjutkan pelajaran di negara itu mudah dan terbuka luas kerana mempunyai banyak masa terluang berikutan hanya bekerja empat hari seminggu dan syif cuma 12 jam," katanya yang kini pemegang ijazah kejururawatan dari Melbourne, Australia.
Sepanjang lapan tahun, beliau bekerja di tiga hospital tentera di Wadi Al-Dawaser (empat tahun); Tabuk dan Dhahran (masing-masing dua tahun). Apa yang menarik, beliau bukan saja bekerja dengan rakan dari Malaysia, malah juga kakitangan perubatan dari 35 negara lain.
"Sebagai ketua jururawat saya mempunyai kakitangan di bawah saya yang datang dari pelbagai negara, iaitu di kalangan rakyat tempatan, Filipina, Afrika dan lain-lain.
"Di sini, kita dapat belajar antara satu sama lain mengenai bahasa, budaya, masakan dan adat resam masyarakat mereka. Selain bekerja di bawah satu pasukan kami juga melakukan pelbagai aktiviti luar bersama seperti berkhemah, bersukan dan melawat tempat bersejarah menerusi kelab rekreasi yang ditubuhkan. Dengan ini, tidak wujud tekanan ketika bekerja. Waktu cuti, kami adakan aktiviti bersama," katanya.
Arab Saudi sendiri, katanya, adalah sebuah negara unik kerana mempunyai masyarakat, budaya, adat resam dan gaya hidup berbeza dengan Malaysia. Rasa terasing di bumi Arab itu, hanya seketika kerana seronok bekerja, selain mampu bertutur dengan fasih dalam bahasa Arab.
"Majoriti iaitu 99 peratus pesakit adalah rakyat tempatan. Jadi kita kena bercakap bahasa Arab. Semua kakitangan perubatan asing yang datang diberi kursus bahasa Arab selama enam bulan sebaik saja memulakan tugas.
"Cuma ketika bertugas di hospital Dhahran ramai pesakit boleh bertutur bahasa Inggeris dan kehidupan mereka juga lebih moden kerana mereka mendapat pengaruh negara sekitar, iaitu Bahrain, Dubai dan Qatar.
"Sebenarnya kaedah bekerja bidang kejururawatan di Arab Saudi sama saja dengan Malaysia. Kenaikan pangkat tiada beza. Sesiapa yang bagus dan berkualiti peluang naik pangkat cepat," katanya.
Namun, katanya, bekerja di luar negara bukanlah semudah disangka kerana seseorang itu memerlukan semangat tinggi dari segi mental dan fizikal serta bersedia untuk berdaya saing.
Mengimbas rentetan kerjaya sebagai jururawat, belia menjelaskan: "Sebaik menamatkan sijil kejururawatan di Hospital Universiti saya terus bekerja di situ selama enam tahun. Kemudian bekerja di Mount Elizebth Singapura selama empat tahun.
"Saya juga bekerja di beberapa hospital lain di Malaysia termasuk Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Pakar Ampang Puteri. Pengalaman selama 17 tahun bekerja sebagai jururawat dan ketua jururawat di Malaysia sudah cukup. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk bekerja di luar negara untuk mencari kepelbagaian," katanya.

Laporan Khas: Tawaran gaji lumayan punca ramai jururawat berhijrah
Insentif menarik
termasuk tiket penerbangan pulang cuti percuma jadi tarikan untuk bekerja
terutama di Asia Barat
FENOMENA jururawat berhijrah bekerja di luar negara khususnya di Asia Barat bukan saja berlaku di Malaysia, malah fenomena ini juga melarat di negara Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia kerana mahu mengejar gaji lumayan.
Ramai jururawat berpengalaman antara tiga hingga lima tahun bekerja di tempat sendiri berlumba-lumba mencari peluang bekerja di sana terutama di Arab Saudi.
Faktor lain, jururawat berkenaan tertarik untuk bekerja di sana adalah disebabkan insentif seperti kemudahan tempat tinggal, makanan, pengangkutan, tiket penerbangan pulang bercuti secara percuma berbanding ditawarkan di negara sendiri.
Malah, Bahrain atau Oman, walaupun gaji yang diterima hampir sama lumayan, kurang menarik minat jururawat untuk bekerja kerana tidak memperoleh faedah yang banyak seperti di Arab Saudi.
Ketua Pegawai Eksekutif Melorita Consultants, Armand Abdullah, iaitu syarikat yang menyediakan latihan lanjutan kepada jururawat dan juga penempatan mereka ke hospital di Arab Saudi, mengakui fenomena itu ada kaitannya dengan permintaan tinggi dalam bidang kejururawatan di seluruh dunia dan memperlihatkan trend penghijrahan mereka ke luar negara.
Katanya, jururawat yang bekerja di Arab Saudi boleh memperoleh gaji antara RM9,000 hingga RM12,000 sebulan selain insentif menarik minat jururawat di seluruh dunia termasuk Malaysia ke negara terbabit.
"Walaupun, Bahrain, Oman, Singapura dan Brunei antara negara alternatif menjadi pilihan jururawat bekerja tetapi masih kurang menarik minat mereka kerana tidak memperoleh faedah yang banyak seperti di Arab Saudi.
"Gaji yang ditawarkan di Singapura dan Brunei juga agak tinggi berbanding Malaysia iaitu kira-kira RM7,000 hingga RM8,000. Saya lihat, fenomena penghijrahan itu berlaku di mana-mana saja berikutan ada permintaan tinggi dari negara pembekal. Ketika ini, kira-kira seramai 200 hingga 250 jururawat yang dikendalikan Melorita bekerja di Arab Saudi setiap tahun," katanya.
Beliau berkata, Malaysia adalah antara negara di Asia yang dibayar gaji tinggi iaitu menyamai gaji diterima oleh jururawat lain yang datang dari negara Barat.
Justeru, Melorita juga sentiasa menjaga standard dan bertanggungjawab untuk menyediakan jururawat yang berkemahiran tinggi bagi memastikan mereka mampu mendapat faedah dan gaji yang baik sejajar dengan standard Barat.
Armand berkata, pekerja dari Malaysia diberi kontrak setahun bekerja di Arab Saudi dan mereka boleh menyambung perkhidmatan sekiranya individu itu bersedia untuk terus bekerja di negara terbabit. Lazimnya, di Malaysia mereka memilih antara setahun hingga lima tahun bekerja di Arab Saudi.
"Biasanya jururawat yang bekerja di luar negara akan kembali ke Malaysia selepas tamat kontrak mereka dan kemudian bekerja di hospital kerajaan dan swasta dengan ditawarkan jawatan lebih tinggi seperti penyelia jururawat atau di bahagian pengurusan," katanya.
Armand berkata, sejak syarikat itu ditubuhkan pada 1977, mereka sudah mengeluarkan ribuan pekerja profesional dalam bidang penjagaan kesihatan. Dalam bidang kejururawatan saja, katanya, sekurang-kurangnya 250 orang setahun mengikuti program kemahiran lanjutan di syarikatnya.
Selain itu, ia juga akan terbabit dalam menempatkan semula jururawat yang sudah tamat kontrak untuk bekerja di hospital di Malaysia yang diwakili mereka.
Apa yang penting, Melorita mempunyai misi untuk menyediakan jururawat ke arah kerjaya yang lebih baik dan memastikan mereka yang mendapat pendedahan bekerja di luar negara kembali berkhidmat di negara ini.
"Kita buka peluang pekerjaan di dalam dan luar negara. Kita sedia menawarkan calon untuk bekerja secara kontrak iaitu daripada tiga bulan hingga dua tahun atau secara tetap dengan pelanggan kami di hospital tempatan atau antarabangsa.
"Apa yang penting mereka akan pulang dengan membawa pengalaman paling berguna apabila bekerja di luar negara dan juga menjadikan mereka lebih yakin dan cekap dalam bidang itu.
"Jururawat yang kembali daripada bekerja di negara luar, selalunya menjadi pilihan hospital di Malaysia kerana menyedari pengalaman tinggi ke arah transformasi dan menjadikan bidang penjagaan kesihatan di negara ini lebih profesional dan bertaraf kelas pertama," katanya.
Ditanya mengenai profesion kejururawatan, Armand berpendapat bidang itu amat berpotensi tinggi berikutan peningkatan jumlah penduduk dan pembangunan pesat negara.
"Tambahan pula Malaysia menjadi destinasi menarik dari segi pelancongan perubatan dan serta lebih banyak hospital akan dibangunkan pada masa depan," katanya.

4
LAMAN TERPILIH DARIPADA forum.jururawat.net
(Kepada pelajar ijazah
kejururawatan)
Saya cadangkan awak ambil pengalaman
kerja di hospital swasta tu sekurang-kurangnya 1-3 tahun, selepas tu, awak
pohon kerja di Arab Saudi..
Tahu berapa gaji di sana, kalau ada ijazah, kira-kira RM14000.
Berbaloi juga dengan penat lelah adik belajar ijazah 4 tahun.
Sambil kerja, ambil pengalaman kemudian dah stabil balik Malaysia.. dan bolehlah pohon balik KKM, HUSM, KPTM.. dan seterusnya.. nak tunggu kerajaan naikkan U41.. tunggu kucing bertanduk dulu..

1. (Ditulis oleh Lynda-salah
seorang kakitangan Melorita). Melorita adalah agensi yang khusus dalam membantu
jururawat untuk bekerja di Arab Saudi, United Arab Emirates dan sebagainya.
Hospital-hospital terbesar di Arab adalah klien Melorita seperti National Guard, King Faisal dan sebagainya.
Sila layangi web Melorita di http://www.melorita.com atau hubungi salah seorang pekerjanya, Lynda melalui e-mel di lynda@melorita.com

(Pesanan: Boleh baca untuk
bersiap sedia memenuhi syarat yang ditetapkan)
2. Apa yang penting, nak kerja di Arab Saudi, perlukan pengalaman
bekerja di Malaysia.
Walaupun ada ijazah (degree) dan sarjana (master), tapi tiada pengalaman kerja di Malaysia, tak boleh kerja di sana. Adik-adik yang masih belajar di kolej kejururawatan tu, dah habis belajar, kerja di Malaysia dulu, dapatkan pengalaman dan kerja di tempat yang penuh dengan tekanan, barulah berangan-angan nak kerja di Arab Saudi. Jangan ingat nak kerja di Arab Saudi, nampak duit yang banyak, belum lagi dengan kertas kerja yang berlambak, cara nak berkomunikasi dgn berbagai-bagai bangsa di sana, ingat senang ke, perlu juga fasih berbahasa Inggeris. Fikir-fikirlah ya.

seorang kakitangan Melorita). Untuk kelayakan ke Saudi, perlu sekurang-kurangnya
2 ½
hingga 3 tahun sebagai jururawat, umur minimum 24 tahun ke atas dan Diploma In Nursing
(Post Basic dan degree juga digalakkan).
Melorita adalah syarikat yang menolong
jururawat untuk ke Arab Saudi, United Arab Emirates, dan sebagainya, dari mendapat
kerja hingga jururawat berlepas ke Saudi.
Jika baru atau belum cukup umur
24 tahun, boleh mendaftar dengan Melorita dulu.
Kami selalu berhubung dengan
pelanggan kami iaitu hospital-hospital di Arab Saudi dan akan tahu kekosongan
yang ada.
Jururawat-jururawat kerajaan
tidak berapa faham tentang kerjaya di Arab Saudi. Gajinya bukan hanya lumayan,
malah kontrak hanya 1 tahun sahaja. Selepas habis kontrak, boleh bertugas
semula dengan kerajaan, tiada masalah.
2. (Written by Zura & answered by Lynda)
-Zura-
lynda..im still a student nurse now...going to
finish my diploma by end of this year... means i have to work for 2 to 3 years
before going to saudi if i want to right? thats sad.. and im still 21 this year (double sad)..i
heard that its not easy to get in private sector especially in kuala lumpur
now..they want a few years experience nurses.since im staying in KL..so i
wonder where will i work after studying.. its just a months ahead.. so ill
better be ready for this.do u have any idea about that..? thanks..
-Lynda-
Foremost, don’t be sad (not reach 25 years old yet).
It's good that you will be at just the right age 2-3 years time and gained
enough experience. My advice to you is try to get into the unit which gives you
most clinical work experience like paediatrics, surgical/medical, critical care.
Do not go into units like outpatient and don't take up Industrial Nursing (factory) because these positions are more suitable when you are more senior and gained a lot of clinical experience.
Do take up post basics if there is an opportunity.
Besides, it is also important that you gained enough experience and maturity before you decide to go to Saudi. It will be at a new country therefore, working experience and age is very important.
You have a very good initiative to find out about your career even though you are still a student nurse. Keep it up! =)
If I'm not mistaken, you're studying in a private college, right? Don't worry. We at Melorita also help nurses for local recruitment. Please remember to contact me at my personal email when you graduate.
We do recruitment for Tropicana Medical Centre , Prince Court Medical Centre ad QHC MC. These are in KL.
Until then, feel free to contact me at my email if you have any queries!

3. Ditanya oleh tyija :
Boleh saya tahu,
1) Apakah perlu mempunyai
kemahiran berbahasa Inggeris, sebelum memohon bekerja di
Arab Saudi?
2) Berapakah gaji dan elaun yang
diterima ketika bekerja di sana?
3) Adakah tempat tinggal dan sara
hidup di sana disediakan ?
Dijawab oleh Lynda:
1) Ya. Anda perlu berbahasa Inggeris bekerja di Arab Saudi kerana banyak pesakit dan kakitangan yang berasal daripada negara-negara asing selain daripada Malaysia seperti Arab, Britain, Afrika, Filipina dan sebagainya. Malah, ada sesetengah hospital yang memerlukan jururawat mengambil Ujian Bahasa Inggeris sebelum mendapat tawaran.
- Tetapi ini tidak perlu risau kerana kami akan memberi galakan dan sokongan bagaimana meningkatkan tahap Bahasa Inggeris. Lagipun, ujian tidak susah, lebih kurang tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Banyak jururawat kita yang sebelumnya tidak fasih telah dapat meningkatkan tahap berbahasa Inggeris mrk. =)
2) Gaji berbeza antara hospital tetapi gaji yang paling rendahpun RM9000 lebih. Ada hospital yg memberi elaun seperti post basic elaun.
Lagipun ada hospital yg memberi bonus habis kontrak. (Kontrak hanya 1 tahun sahaja yang boleh diperbaharui)
3) Hospital-hospital Arab Saudi akan menanggung and menyedia tempat tinggal jururawat. Rumah adalah apartmen yg tersedia (dikongsi tidak lebih daripada 3 orang) dengan perabot, gimnasium / kolam renang. Malah ada hospital yg menyediakan studio apartmen untuk seorang.
Jururawat Malaysia mendapat semua taraf hidup dan kerja yang tinggi kerana pentadbir Melorita, Dr Mohd Sultan yg telah berjaya mendapatkan taraf jururawat Malaysia setaraf dengan jururawat negara barat.
4. Soalan : Axion
Hai Kak Linda, rasa macam
berminat dengar tentang kerja di Arab Saudi,tapi orang yang
tiada post basic dan pengalaman kerjapun baru 5 tahun, kerja pula di
dewan bedah, boleh ke kerja di Arab Saudi? Bahagian mana saya akan ditempatkan
nanti?
Jawapan :Lynda
Kerja di Arab Saudi tidak perlu post
basic. 5 tahun pengalaman Axion mencukupi.
Malah minima 2 ½ tahun - 3 tahun bekerja
sebagai jururawat hospital sudah mencukupi =) .
Axion kerja dewan bedah
bagus!..ada kekosongan. Unit yg akan ditempatkan adalah pilihan jururawat sendiri. Asalkan
ada pengalaman di unit tu 2 ½ tahun ke
atas.
Rata-rata orang Malaysia yg kerja di hospital dibayar
melebihi SR10,000 sebulan dan ada sesetengah yang mendapat gaji sehingga SR
20,000 sebulan tu lah yg seronoknya cuma jauh dengan keluarga, tapi soal duit
insyaAllah tiada masalah.
Kepada jururawat yang nak datang ke Arab Saudi ni, perlu lah ada pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dan mahir atau fasih dalam Bahasa Inggeris secara lisan dan bertulis. Pastikan mahir dalam bidang anda dan mahir dalam Bahasa Inggeris.
Seperkara lagi yang saya nak kongsi pengalaman saya bekerja di hospital swasta dan kerajaan, seboleh-bolehnya pilihlah hospital kerajaan. terlalu banyak kebaikannya di bandingkan dengan hospital swasta. Buat pengetahuan pembaca atau kepada sesiapa yg berminat kerja di Arab ni, saya dah masuk 3 tahun kerja di sini dalam bidang perubatan. Kepada yg berminat atau hendak mengetahui lebih lanjut tentang kerja di Arab Saudi ni, boleh hubungi saya di- ibnu702002@yahoo.com (Ibnu Said)

2 ulasan:
lani, boleh minta izin share entri ini di blog ana?
Boleh je, tak ada masalah. Asalkan nyatakan alamat/ sumber.
Catat Ulasan