Tulisan ini bertujuan untuk mengetengahkan masalah yang mungkin dan telah dihadapi oleh para pelajar Muslimah yang mengikuti program kejururawatan (Nursing) sama ada dalam program diploma atau ijazah (Bachelor/ Degree). Semua keadaan yang ditulis adalah kisah benar namun nama telah diubah kepada huruf terpilih. Seorang pelajar Muslimah program ini telah menyumbang hampir 100% terhadap penghasilan rencana ini.
Apabila pelajar Kejururawatan pergi ke hospital untuk menjalani 'amali (praktikal), terdapat seorang pengajar klinikal [clinical intructor (CI) atau clinical teacher (CT)] untuk mengajar/ membantu/ memudahkan pembelajaran pelajar Kejururawatan. Sekali sekala penyelaras kursus (Course Coordinator) datang untuk memantau dan membantu pelajar memahami dengan lebih baik sesi amalinya baik dalam giliran pagi, petang atau malam. Berdasarkan pengalaman penulis, penulis berjumpa dengan penyelaras kursus hanya pada giliran 'amali pagi dan malam.
Antara masalah tersebut adalah :
1) Pemakaian pakaian seragam (uniform) yang tidak menutup aurat dan solekan
(24:31) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
1.1 Pakaian seragam yang ketat dan tidak berapa labuh
1.2 Lengan baju 3/4 disuruh lipat sampai ke siku
1.3 Tidak membenarkan pemakaian tudung di dalam bilik pembedahan (operation theatre-OT). (Di
sebuah hospital, tak boleh tapi di sebuah hospital lain, boleh pula
1.4 Tidak dibenarkan memakai stokin tangan (hand sock) semasa berada di dalam wad
Keadaan 1
Pada minggu pertama satu praktikal (berada di “acute cubicle” atau pun “High Dependency Unit-HDU).
En Y : Wajib ke kamu semua pakai lengan panjang (stokin tangan)?
Pelajar L dan N: Wajib tuan.
En Y : Tapi, di dalam wad ni banyak jangkitan dan kuman. Kamu tak risau ke kamu nanti kamu sakit?
Palajar L dan N diam….(tapi dalam hati kata, sakit tu ketentuan dan keizinan Allah. Siapa kita nak menolak suatu ketetapan Allah terhadap kita? Sedangkan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.)
En Y : Seperkara lagi, lengan panjang kamu ini menyentuh sana sini. Kena pesakit itu dan pesakit ini, tanpa kamu sedari kamu sedang memindahkan kuman daripada pesakit ini kepada pesakit lain. “Cubicle” ini ada yang rendah imunisasinya (Extended Spectrum of Beta Lactamase-ESBL atau Methycillin Resistant Organism-MRO)[terdapat lambang tertentu di hospital untuk menanda pesakit ini contohnya bintang berwarna merah] dan juga orang tua. Fikirkan tentang itu….Sekurang-kurangnya jika kamu tidak memakai stokin tangan kamu boleh basuh tangan hingga ke paras lengan kamu.Tapi jika kamu memakai stokin tangan, takkan kamu nak basuh stoking tangan kamu di dalam wad ni? Kan basah nanti.
Pelajar L dan N diam……
Pelajar-pelajar ini sedang berada dalam dilema….nak utamakan yang mana satu? Mudarat ke atas pesakit atau pun aurat diri? Tertekannya rasa….
Pelajar L telah menyuarakan masalah ini kepada seorang ustazah. Ustazah tersebut berkata, “Andai itu (memindahkan kuman daripada pesakit lain kepada pesakit yang lain; mudarat ke atas pesakit) yang dirisaukan terjadi maka tidak mengapa untuk tidak memakai stokin tangan.Tapi janganlah niat kamu tidak memakai stokin tangan tu kerana arahan pensyarah atau takutkan pensyarah. Itu tidak patut. Dan jangan pula sampai mengangkat lengan baju menjadi kebiasaan kamu. Contohnya, kalau dah keluar dari wad tu pakaikan semula stokin tangan tu. Jangan sampai kamu terasa selesa apabila tidak memakai stokin tangan sampai terbawa-bawa keluar wad. Wallahu’alam.”
Renungan: Mujur lengan pakaian seragam (uniform) melebihi siku….Tapi ada juga sahabat muslimat lain yang diminta melipat lengan baju sampai menampakkan aurat
1.5 Ditegur sebab muka tak dihias dengan solekan (make up).
2) Urusan solat fardhu
2.1 Kadang-kadang terlepas/ terlambat waktu solat terutamanya Maghrib atau Subuh sebab ada
prosedur contohnya memeriksa paras glukosa dalam darah (hypocount- HPC), memberi
makanan/ minuman melalui tiub nasogastrik [hidung ke perut] (nasogastric feeding-NGF),
membantu pesakit yang terpaksa berak (bowel open-BO) di katil dan lain-lain.
2.2 Ada juga pendapat yang mengatakan, nak pergi solat lebih senang semasa ketiadaan
pengajar klinikal [Clinical Teacher (CT)/ Clinical Instructor (CI)].
2.3 Pensyarah-pensyarah dan pengajar klinikal CT)/ CI yang tidak faham tentang tuntutan dan
syariat Islam. Suka hati sahaja nak mengeluarkan ‘fatwa’.
2.4 Cubaan menghalang pelajar untuk solat. (Sudah tentu dalam contoh berikut melibatkan tenaga
pengajar yang bukan Islam). Contoh perbualan:
Puan A (Tenaga pengajar) : Mana kawan kamu pergi?
Pelajar K : Dia pergi solat, puan.
2 ulasan:
terbaik..jadi penyelesaiannya?
sy juga mengalami masalah yg sama di tempat saya ini. sy selalu ditegur memakai handsock walaupun diluar wad kerana akan menjatuhkan imej.sy tidak mengendahkan arahan tersebut.jika memakai lengan panjang dikatakan menyebabkan sesuatu prosedur menjadi tidak sterille..mcm mana pula dengan para doktor yang memakai lengan panjang semasa merawat pesakit?adakah itu boleh dijadikan alasan untuk tidak menutup aurat?
Catat Ulasan