Sabtu, Jun 25, 2011

Program Kejururawatan : Masalah Pelajar Muslimah


Tulisan ini bertujuan untuk mengetengahkan masalah yang mungkin dan telah dihadapi oleh para pelajar Muslimah yang mengikuti program kejururawatan (Nursing) sama ada dalam program diploma atau ijazah (Bachelor/ Degree). Semua keadaan yang ditulis adalah kisah benar namun nama telah diubah kepada huruf terpilih. Seorang pelajar Muslimah program ini telah menyumbang hampir 100% terhadap penghasilan rencana ini.

Apabila pelajar Kejururawatan pergi ke hospital untuk menjalani 'amali (praktikal), terdapat seorang pengajar klinikal [clinical intructor (CI) atau clinical teacher (CT)] untuk mengajar/ membantu/ memudahkan pembelajaran pelajar Kejururawatan. Sekali sekala penyelaras kursus (Course Coordinator) datang untuk memantau dan membantu pelajar memahami dengan lebih baik sesi amalinya baik dalam giliran pagi, petang atau malam. Berdasarkan pengalaman penulis, penulis berjumpa dengan penyelaras kursus hanya pada giliran 'amali pagi dan malam.

Antara masalah tersebut adalah :

1) Pemakaian pakaian seragam (uniform) yang tidak menutup aurat dan solekan

(24:31) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

1.1 Pakaian seragam yang ketat dan tidak berapa labuh
1.2 Lengan baju 3/4 disuruh lipat sampai ke siku
1.3 Tidak membenarkan pemakaian tudung di dalam bilik pembedahan (operation theatre-OT). (Di 
        sebuah hospital, tak boleh tapi di sebuah hospital lain, boleh pula
1.4 Tidak dibenarkan memakai stokin tangan (hand sock) semasa berada di dalam wad

Keadaan 1
Pada minggu pertama satu praktikal (berada di “acute cubicle” atau pun “High Dependency Unit-HDU).
En Y : Wajib ke kamu semua pakai lengan panjang (stokin tangan)?
Pelajar L dan N: Wajib tuan.
En Y : Tapi, di dalam wad ni banyak jangkitan dan kuman. Kamu tak risau ke kamu nanti kamu sakit?
Palajar L dan N diam….(tapi dalam hati kata, sakit tu ketentuan dan keizinan Allah. Siapa kita nak menolak suatu ketetapan Allah terhadap kita? Sedangkan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.)
En Y : Seperkara lagi, lengan panjang kamu ini menyentuh sana sini. Kena pesakit itu dan pesakit ini, tanpa kamu sedari kamu sedang memindahkan kuman daripada pesakit ini kepada pesakit lain. “Cubicle” ini ada yang rendah imunisasinya (Extended Spectrum of Beta Lactamase-ESBL atau Methycillin Resistant Organism-MRO)[terdapat lambang tertentu di hospital untuk menanda pesakit ini contohnya bintang berwarna merah] dan juga orang tua. Fikirkan tentang itu….Sekurang-kurangnya jika kamu tidak memakai stokin tangan kamu boleh basuh tangan hingga ke paras lengan kamu.Tapi jika kamu memakai stokin tangan, takkan kamu nak basuh stoking tangan kamu di dalam wad ni? Kan basah nanti.
Pelajar L dan N diam……
Pelajar-pelajar ini sedang berada dalam dilema….nak utamakan yang mana satu? Mudarat ke atas pesakit atau pun aurat diri? Tertekannya rasa….

Pelajar L telah menyuarakan masalah ini kepada seorang ustazah. Ustazah tersebut berkata, “Andai itu (memindahkan kuman daripada pesakit lain kepada pesakit yang lain; mudarat ke atas pesakit) yang dirisaukan terjadi maka tidak mengapa untuk tidak memakai stokin tangan.Tapi janganlah niat kamu tidak memakai stokin tangan tu kerana arahan pensyarah atau takutkan pensyarah. Itu tidak patut. Dan jangan pula sampai mengangkat lengan baju menjadi kebiasaan kamu. Contohnya, kalau dah keluar dari wad tu pakaikan semula stokin tangan tu. Jangan sampai kamu terasa selesa apabila tidak memakai stokin tangan sampai terbawa-bawa keluar wad. Wallahu’alam.”

Renungan: Mujur lengan pakaian seragam (uniform) melebihi siku….Tapi ada juga sahabat muslimat lain yang diminta melipat lengan baju sampai menampakkan aurat

1.5  Ditegur sebab muka tak dihias dengan solekan (make up).

2) Urusan solat fardhu

    2.1 Kadang-kadang terlepas/ terlambat waktu solat terutamanya Maghrib atau Subuh sebab ada 
           prosedur contohnya memeriksa paras glukosa dalam darah (hypocount- HPC), memberi 
           makanan/ minuman melalui tiub nasogastrik [hidung ke perut] (nasogastric feeding-NGF),  
           membantu pesakit yang terpaksa berak (bowel open-BO) di katil dan lain-lain.

2.2 Ada juga pendapat yang mengatakan, nak pergi solat lebih senang semasa ketiadaan            
      pengajar klinikal [Clinical Teacher (CT)/ Clinical Instructor (CI)].

2.3 Pensyarah-pensyarah dan pengajar klinikal CT)/ CI yang tidak faham  tentang tuntutan dan 
      syariat Islam. Suka hati sahaja nak mengeluarkan ‘fatwa’.

2.4 Cubaan menghalang pelajar untuk solat. (Sudah tentu dalam contoh berikut melibatkan tenaga 
      pengajar yang bukan Islam). Contoh perbualan:

 Keadaan 2
Puan A (Tenaga pengajar) : Mana kawan kamu pergi?
Pelajar K : Dia pergi solat, puan.

Selasa, Jun 21, 2011

Bumi Kelahiran & Bumi Tarbiyah

Niat 

Hadith pertama yang disusun oleh Imam Nawawi dalam Kitab Hadith 40 meletakkan hadith tentang niat.
Kalaulah dulunya hanya faham makna lahirnya, tapi kini selepas mendengar penerangan tentang hadith ini beberapa kali, alhamdulillah kefahaman menjadi sedikit berbeza. Kefahaman itu adalah kita akan dapat apa yang kita niatkan, insyaAllah.

Kalau memetik sebuah buku "Anda Berfikir? Bagaimana?" menjelaskan bahawa kita adalah apa yang kita fikirkan dan apa yang kita fikirkan dapat menjadi kenyataan. Hal ini terbukti dengan video ini (http://www.youtube.com/watch?v=1p2DItNn-nY) seandainya video ini benar.


Tawaran Melanjutkan Pelajaran ke Bumi Kenyalang




Ketika mendapat tawaran ke Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), hati ini berasa cukup gembira kerana dapat kembali ke tanah tempat tumpah darah. Sarawak ni terkenal dengan makanan seperti kek lapis (kering dan basah) dan ikan terubuk masin.


Dalam borang permohonan kemasukan ke universiti, walaupun kursus pengajian ini adalah pilihan ketiga selepas Perubatan (USM) dan Kejururawatan (USM), hatiku amat berharap dapat ke Sarawak. Pilihan keempat adalah program perguruan. Harapan untuk mendapat tawaran perguruan gagal kerana aku telah gagal dalam satu ujian kelayakan yang dipanggil MEdSI (personaliti mungkin) di Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk menjadi seorang guru.


Dulu, ibu bapa dan diriku memang berhasrat menjadi doktor, tetapi ketidaksungguhanku dalam pengajian matrikulasi di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) dan Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar (SABS), Kuantan menjadi sebabnya. Semasa lahir, namaku diletakkan kerana mengambil nama seorang doktor (menurut ibu dan ayahku). Disebabkan ibu bapa menuruti kemahuanku (untuk menentukan hala tujuku dalam pelajaran dan kerjaya), aku meletakkan Program Kejururawatan dalam salah satu pilihan permohonan kerana berfikir bahawa program tersebut berkaitan dengan kerjaya Doktor Perubatan. Apabila telah melalui program ini selama 4 tahun, barulah aku tahu menjadi jururawat bukan semudah yang disangka. Segala pengalaman insyaAllah akan dikongsi dalam rencana-rencana akan datang.


Niat ke Sarawak


Sebelum menjejakkan kembali ke bumi kelahiranku buat kali kedua, aku telah meletakkan beberapa niat. Antaranya ingin membetulkan keyakinan pesakit terhadap ubat yang tidak berkuasa, ingin bergambar di satu tempat di Kuching yang terdapat tugu/ replika/ patung kucing dan melawat ke tempat kelahiranku di Hospital Umum Sri Aman. Alhamdulillah dua niat terakhir itu tercapai.



Niat kedua menjadi realiti apabila mendapat kesempatan bergambar dengan rakan-rakan sepengajian dan niat ketiga tercapai bersama Aman Palestin Berhad (Cawangan Sarawak)


http://amanpalestinsarawak.blogspot.com/ . Niat pertama belum aku latih terhadap pesakit di hospital. Niat pertama ini muncul kerana aku pernah mengikuti satu gerakan Islam yang mengajarkan aku tentang meyakinkan pesakit bahawa bukanlah ubat yang berkuasa, tetapi Allahlah yang berkuasa. Hal ini menjadi agenda utama aku untuk mengajar pesakit andai aku bergelar jururawat satu hari nanti. Itulah pemikiranku pada ketika itu. Tetapi disebabkan aku mencari sebuah gerakan yang menekankan aspek mengambil Islam secara keseluruhan (Suroh Al-Baqoroh, 2: 208),




maka ayat Allah ini telah menyebabkan aku memikirkan aspek lain yang perlu dititikberatkan kepada pesakit yang tidak menjaga solatnya, menasihati ahli keluarga pesakit yang telah mengubah sifat-sifat kelelakian kepada sifat keperempuanan secara yang tidak dibenarkan oleh syara' (transgender/ mak nyah).


Alam tarbiyah




Tidak pernah terlintas dihatiku akan mengikuti satu usroh yang berusaha untuk memaksimakan potensi diri seseorang. Walaupun pernah menjadi naqib di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), usroh yang pernah kulalui itu bukanlah seperti kali ini. Setiap bakat dihargai dan diajar untuk digunakan demi mengajak manusia kepada Allah. Orang yang baik dalam pandangan Allah adalah orang yang ber'amal untuk dirinya (beriman dan mengerjakan amal soleh) dan beramal untuk orang lain (mengajak orang lain melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran). Ayat-ayat dalam Al-Qur'an menjelaskan keadaan ini. Antaranya:


Dalam ayat ke-112, sifat bertaubat, beribadat, yang melawat (/ mengembara/ mencari ilmu/ berpuasa), yang ruku' dan yang sujud adalah kebaikan kepada diri sendiri manakala yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat mungkar adalah kebaikan kepada orang lain.

Pada pandangan peribadi penulis, yang memelihara hukum-hukum Allah- adalah gabungan kebaikan

kepada diri sendiri [hukum dalam ibadat (bersuci, solat, zakat, haji)]

dan kepada orang lain [hukum dalam munakahat (soal kufu, nikah, cerai, ta'liq, li'an, fasakh, cerai, ruju', mendidik anak), jinayat (hudud, qisos, ta'zir termasuk curi, fitnah, culik, zina, kholwat, arak, pemerintahan negara), mu'amalat (jual beli, hutang, pinjam, bank, syarikat), jihad (perang, harta rampasan perang, tawanan perang), dan faro'id (harta pusaka dan pembahagiannya)]



Satu ayat lagi adalah Suroh Al-'Asr, ayat 3, (103:3).
  

Sifat orang yang beriman dan ber'amal soleh adalah berkaitan diri sendiri manakala berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan dalam tetap bersabar adalah berkaitan kebaikan yang dilakukan kepada orang lain.

Memetik sebuah buku bertajuk "Tarbiyah dari Zero ke Hero" karangan Ustaz Azizee Hassan (http://maalimfitariq.wordpress.com/), dalam bahagian pengantarnya (Ustaz Mohd Rusdi bin Alias) menulis bahawa dirakamkan dalam kitab yang menjadi manhaj tsaqofi kita, "Bagi mereka yang menyampaikan da'wah seperti khutbah, ceramah, nadwah, mengajar di sekolah dan di universiti, kemudian tidak membentuk dan mentarbiah orang-orang yang menerima da'wah mereka, sebenarnya mereka berda'wah bukan mengikut manhaj Rosulullah SAW".



Oleh yang demikian, walaupun kita sudah melakukan da'wah 'am (umum), kita masih tidak mengikut sunnah Nabi SAW seandainya kita tidak melakukan da'wah secara khusus. Da'wah khusus inilah yang menjadi agen utama dalam membentuk keperibadian Muslim dengan kita menjadi naqib/ murobbi dalam usroh/ halaqoh.

Dalam liku-liku perjalanan halaqoh ini telah mengajarkan banyak hal kepada diriku. Tidak terlampau taksub kepada peribadi-peribadi tertentu sehingga sesuatu organisasi dilihat kuat dengan adanya seorang, dua atau hanya beberapa orang yang menjadi tunjang gerakan itu. Bahan ini telah aku peroleh dalam bahan 'Penyakit Umat Dalam Da'wah' daripada buku Materi Tarbiyah. 

Satu kuliah semasa masih bergelar pelajar Kejururawatan di Tahun 2, menekankan aspek riadah dan bahan yang sama disampaikan oleh murobbiku daripada buku Materi Tarbiyah (mungkin gabungan Ta'riful Insan (Pengenalan Manusia), Syumuliyatul Ibadah (Kesempurnaan Ibadah) dan Tawazun (Keseimbangan).

Dunia kejururawatan amat menekankan aspek masa dan dalam halaqoh juga menekankan aspek yang sama. Pernah sekali aku dan teman sehalaqohku lewat (tak pasti berapa minit), kami didenda untuk melakukan tekan tubi (pumping). Hukuman yang sama pernah diberi oleh murobbi lain kerana aku tidak menghantar laporan pantauan ibadah (mutaba'ah ibadah) selama 2 minggu yang mengakibatkan 10 kali tekan tubi per minggu.

Pernah juga disebabkan tidak memaklumkan sebab tidak datang ke usroh (sebab nak buat tugasan) menyebabkan aku dikuarantin daripada datang ke usroh selama sebulan (air mata tak dapat diempang dalam bulan ini).Peristiwa ini memberi kesan kepadaku untuk tidak ponteng halaqoh mingguan.

Mengakhiri rencana kali ini, ingin diri ini menyusun sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki, meminta ma'af dari hujung rambut ke hujung kaki, atas semua salah dan silap selama ini. 
Diri ni tak mampu untuk menjaga hati orang lain sepenuhnya dan diri ini faham orang lain juga tak mampu sepenuhnya menjaga hati ini. Diri ini mema'afkan semua salah silap terhadap semua yang mengenali diri ini dan sudi-sudilah mema'afkan diri ini atas segala kesalahan zohir dan batin sepanjang perkenalan dari dulu hingga kini.

Serangkap pantun menjadi penutup rencana kali ini,

Bumi kelahiran, bumi tarbiyah,
Dalam bertemu , ada berpisah,
Dengan da'wah, dengan tarbiyah,
Moga kita tak berpisah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...