Jumaat, Januari 18, 2013

KEDAI AMAL AMAN PALESTIN BERHAD, SEKSYEN 7, BANDAR BARU BANGI, KAJANG, SELANGOR

Gambar-gambar tambahan sila ke https://www.facebook.com/media/set/?set=a.589683054392187.149966.100000514925782&type=1&comment_id=89649377&ref=notif&notif_t=photo_album_comment






Jumaat, Januari 04, 2013

Memilih Jema'ah Da'wah & Akhlaq dalam Berda'wah


Orang Islam tidak sepatutnya merasa cukup Islamnya dengan hanya melakukan amalan fardhu tanpa melakukan da'wah secara berorganisasi. Islam tidak berkembang dengan solat, puasa & zakat, tetapi perkembangannya adalah kerana da'wah yang dilakukan. Antara bukti da'wah yang ditunjukkan Saiyyidina Abu Bakar selepas wahyu pertama diturunkan kepada Rosulullah, beberapa orang telah diislamkan oleh Saiyyidina Abu Bakar walaupun beliau hanya tahu beberapa ayat Al-Qur'an & perintah solat fardhu belum diberikan. 

Anggotailah satu jema'ah daripada keseluruhan jemaah umat Islam yang diyakini. Setiap jema'ah da'wah sepatutnya mengajar ahlinya iaitu "Bersepakat dalam perkara yang sama (asas), berlapang dada dalam perkara yang kita berbeza". Masalah sesama jema'ah di Malaysia masih belum selesai kerana masih kurang semangat saling mengenali & saling berkasih sayang sesama jema'ah da'wah.


(90, Al Balad:17). Dan dia (tidak pula) termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. 
Hal ini terbukti penyebaran fitnah terhadap jema'ah yang berbeza cara pendekatannya. Dari pucuk pimpinan sehingga kepada orang bawahan, terdapat orang yang sebegini. Jema'ah yang difitnah teruskanlah bekerja untuk agama Allah ini.


Suroh At -Taubah (9:105). Dan katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. 

Apa yang memalukan orang yang berda'wah adalah apabila dia mengatakan jangan berjema'ah sebab berjema'ah memecahbelahkan umat Islam. Hal ini menunjukkan pandangan orang tersebut kurang tepat dalam menjelaskan masalah ini. Apabila ramai orang yang terlibat dengan jema'ah Islam, umat Islam akan lebih berorganisasi dalam pelbagai jema'ah dan akhirnya persaingan idea/ program yang terbaik mungkin akan berlaku.(Al-Mulk ayat 2)

Dengan terlibat dengan organisasi, seseorang belajar untuk mento'ati arahan daripada pucuk pimpinan. Tambahan pula, tidak wajar bagi mana-mana jema'ah mengisytiharkan ketua jema'ahnya adalah KHOLIFAH umat ini. Kemunculan kholifah sememangnya berkait dengan kebangkitan umat Islam.

Kebangkitan yang kita mahukan adalah kebangkitan umat Islam secara serentak di seluruh dunia agar musuh umat Islam yang sebenar tidak cukup tangan untuk menangani kebangkitan umat ini. Kita tidak mahu negara kita hanya negara Islam selama 3 hari, kemudian diserang. Sejarah umat Islam menunjukkan kegemilangan umat Islam dapat diwujudkan setelah sekitar 850 tahun . Masa yang lama diperlukan untuk membina tamadun. Kewujudan tamadun tersebut tentulah memerlukan manusia yang telah dididik/ ditarbiyah dengan sebaik mungkin dari pucuk pimpinan negara sehingga rakyat jelata.

Setiap jema'ah menyeru manusia kepada Allah tetapi berbeza cara dan pendekatannya. Pilihlah kaedah/ jalan/ jema'ah yang kita yakini untuk menyeru manusia ke jalan Allah. Elakkan terlibat secara bersungguh-sungguh terhadap lebih daripada satu jema'ah kerana kita akan membuang masa dan keliru untuk menyeru manusia ke jalan yang mana. Kita hanya ada satu peluang kehidupan di dunia ini dan letakkanlah keutamaan yang diajar dalam agama (3 maslahat dalam Islam - Dharuriyyat, Hajiyyat, Tahsiniyyat) Maslahat 1: Dharuriyyat:  Menjaga NYAWA, AGAMA, AKAL, HARTA, KETURUNAN-boleh baca buku Fiqh Keutamaan-Dr Yusuf Al-Qordhowi) agar masa kita tidak dibazirkan begitu sahaja. Masa yang dibazirkan adalah tanda kemurkaan Allah terhadap seseorang dan kita menjadi saudara syaitan kerana membazirkan masa.

Suroh Al-Isro' (17:27). Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. 
Sebagaimana kita dituntut bersolat jema'ah dalam sof secara teratur, begitulah juga dalam da'wah. Mari renungkan Suroh As-Sof, ayat 4 (61:4) ini:

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.

Memohon Kerja Sebagai Jururawat di Kuantan

Assalamu'alaikum. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke FB - Mohd Roslani Hashim atau SMS ke no ini 014-5953839. Mungkin lebih senang nak berhubung nanti. 

Di Kuantan, saya pernah mohon di 4 tempat.

1) Kuantan Medical Centre (KMC), sebelah dgn Megamall - http://www.hospitalsworldwide.com/listings/10507.php
2) Kuantan Specialist Hospital (KSH), Alor Akar - http://webmail.ksh.kpjhealth.com.my/
3) Darul Makmur Medical Centre (DMMC), di Kempadang - https://www.facebook.com/pages/Darul-Makmur-Medical-Centre/111134115586403
4) Pusat Rawatan Keluarga (PRK), Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP), bekas pejabat FAM Pahang rasanya - biasa org cakap Al-Farabi - yang saya pernah pergi temuramah - ni laman webnya http://www.prkmuip.com/anak-syarikat.html - mungkin saya akan tulis perkongsian temuduga saya nanti, insyaAllah


Antara maklumat terbaru yang saya terima bahawa KMC akan membuka cawangan baru lebih kurang suku ke-4 tahun ni di Indera Mahkota. Sila buat permohonan di KMC yang ada sekarang di sebelah Megamall.
--
Mohd Roslani bin Hashim
Jururawat Terlatih, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (Azim)
Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan dengan Kepujian (Unimas)
014-5953839
Suntikan Qur'an & Sunnah 
Meneladani Sejarah, Menggenggam Tarbiyah, Menuju Kebangkitan Ummah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...