Selasa, Ogos 30, 2011

Isu Permainan Bola Tampar

Keratan tulisan daripada Facebook, (Tulisan merah-bermasalah, tulisan ungu-boleh diterima)
Yang pelik juga kenapa sukan bola tampar? Bukan ke permainan tu consider non physical contact sport... Kalau basketball ke... futsal ke... Rugby ke... Boleh juga saya terima... sukan salah... tak sukan pun salah..(Saudara Z)
Benda memang simple... tapi suka fikir complicated sangat... Islam is the way of life... simple... Easy... (Saudara Z)
Janganlah rigid sangat, ni bukan sekolah (Saudara T)
Selama 4 tahun aku duduk sini....elok je batch-batch lepas main...x de apa-apa berlaku pun.. (Saudara W)
Siapa mahu taburkan fitnah tu diminta tampil ke depan bawa hadis dan sunnah atau ayat dalam Al-Quran yang ada menyentuh tentang haramnya lelaki bermain dengan perempuan dalam 1 kumpulan atau mana-mana permainan, jika terang-terang kedua-dua pasukan menjaga adab dan aurat, tunjukkan bukti, jgn mahu fitnah dan tunjuk tak puas hati sahaja, yang lain buat apa mahu takut, sedangkan Islam sendiri menggalakkan tubuh yang sihat, tiada syarat dalam Islam tidak boleh lelaki bermain dengan pompuan, please la...that is so primitive thinking la bro, cakap dengan orang tu, berdepan lah kalau berani, ajak main terus, lawan friendly la, lelaki pompuan tu
Kadang-kadang berdiam diri lebih baik dari berkata2.. sebab berkata-kata tentang perkara agama sedangkan kita tak tahu, tapi berasa tahu, kemudian mengeluarkan pendapat mengikut akal sendiri adalah berbahaya terhadap iman kita. saya nasihatkan adik-adik.. jangan beri pendapat yg dilihat mempersendakan agama walaupun mungkin niatnya macam nak berlawak atau main-main. Dunia ni Allah punya. Hidup dalam dunia ikut peraturan Allah. Wallahu  a'lam
Sebenarnya al-kisahnya begini... Kami memang selalu bermain bola tmpar petang-petang.... Kadang-kadang pemain tak cukup... Jadi, kami ambil la budak perempuan main... Nak cukupkan orang... Baru ok sikit main... Kemudian, apabila ada org pertikaikan pasal pergaulan... kami asingkan kumpulan... Lelaki lawan Perempuan... (walaupun kadang-kadang setiap kumpulan tak cukup ahlinya) Lepas tu ada pula yg kata tak boleh... Bukannya apa, saya kasihan kat budak-budak yg nak main... Main salah, tak main pun salah... dilema... siap ada kadang-kadang  tak ada org nak main... tinggal la seorg budak main dengan dinding asrama... Jadi... tu la saya saja timbulkan isu ini dlm FB (facebook)... Kepada rakan-rakan... Ustaz-ustaz... Ustazah-ustazah yg alim dalam bab ni... Mohon perkongsian pendapat...(Saudara Z)

“Main bukan bersentuh pun”, “Main je pun”, “Kami tak tengok perempuan, kami tengok bola je”. Itu antara ungkapan atau tulisan Saudara Z, seorang insan yang beranggapan pasukan lelaki melawan pasukan perempuan dalam permainan bola tampar dibenarkan oleh Islam. Tiga ungkapan ini saya panjangkan kepada sahabat dan ustaz-ustaz yang saya kenali.

Melihat kepada tulisan berwarna merah ungkapan di atas, terdapat beberapa ungkapan yang kalau diteliti secara halus, seolah-olah tidak tahu tentang hukum ini atau mungkin disebabkan oleh amalan kebanyakan orang menjadi nas atau dalil golongan ini. Mudahnya Islam bukan bermakna Islam mempermudah-mudahkan sesuatu perkara sehingga hukum tak diambil kira.

Antara puncanya, mungkin disebabkan tidak tahu atau mengikut hawa nafsu. Jika tidak tahu, benarlah kata pepatah Arab, “Manusia membenci apa yang tidak diketahuinya” dan jika tidak tahu, tanyalah kepada yang tahu sepertimana dalam ayat 16: 43 berikut:



Jika disebabkan mengikut hawa nafsu, mari perhatikan ayat 25:43 dan 45:23:



Mesej-mesej balas yang diterima daripada sahabat dan para ustaz adalah seperti berikut:
(Nota:
1.  Mesej-mesej berikut dieja dan disusun mengikut ejaan penulis berbanding mesej
            yang diterima,
2.  [] adalah penerangan oleh penulis
3.  “...” adalah menunjukkan satu mesej pesanan ringkas (SMS)
4.   Ω.....Ω adalah merujuk kepada perbualan telefon)

Akh Hisyam:
“Perempuan nak bersukan lasak macam tu pun dituntut dalam keadaan tertutup daripada pandangan lelaki ajnabi [asing].  Apa lagi nak main sekali. Bukan isu ikhtilat, tapi isu aurat dan isu yang lebih basic [asas]. Nanti ana bagi link [pautan]” (http://abuhudzaifi.multiply.com/journal/item/34). (Ulasan laman web ini berdasarkan Akh Hisyam-Laman Ustaz Farid Nu'man, tulisannya sangat ilmiah dan banyak menjawab tuduhan golongan salafi keras yang banyak menyesatkan tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin (IM)).


Ustaz Afnan:
“Walaupun tak sentuh tapi macam mana dengan pandangan? Tengok perempuan lompat. Pakaian pula mungkin mengikut bentuk badan. Wallahu a’lam.”

Ustaz Norhisyam Muhammad (dijemput untuk mengajar Kuliah Tauhid)
“Asalkan tutup aurat.”
“Seeloknya elakkan.”

Dalam satu kuliah di Surau Kolej Perubatan, (kalau tak salah, 5 Mei 2011), Ustaz Norhisyam menjawab soalan 1 daripada 4 soalan yang dikemukakan daripada pelajar Muslimat.
(Petunjuk : .....- isi kuliah yang tak dapat didengar dengan jelas untuk ditulis) (Sekitar minit ke-67:05 hingga minit ke-68:36). http://www.mediafire.com/?31a87svdj85kzxk

Soalan 1:  Percampuran antara lelaki dengan perempuan bermain.              

Jawapan :

Yang ni, sebenarnya, seelok-eloknya kita yang dah akil baligh ni, tidak perlu buat perkara tersebut sebab lebih baik kita mengelak fitnah, daripada kita melakukan perkara yang boleh mengundang fitnah. .....pakai tutup aurat, tutup, tak bersentuh, betul. Kita perlu ingat, perkara yang boleh menimbulkan fitnah, kita perlu elak, sebab fitnah tu senang, bukan susah. Nak senang, jangan buat dilarang, selesai masalah, senang. Yang susah ni, yang orang larang tu yang nak buat, tu jadi susah. Apabila menimbulkan fitnah, kita abaikanlah. Nak bersukan tak salah, sebab Rosulullah pun suruh bersukan, tapi ada batasan-batasannya. Perempuan cara perempuanlah, bermain cara perempuan, lelaki bermain dengan lelaki, sebab tidak ada kepentingan lelaki dengan perempuan nak bermain.....Walaupun tidak bersentuhan, tapi kita perlu ingat manusia ni bernafsu, tu kita perlu ingat.

Ustaz Nazri (Bekas YDP ISMA Sarawak)
“Tak harus kerana lelaki nampak pergerakan tubuh wanita”

Ustaz Abdul Rahman Che Soh (pernah dijemput untuk mengajar Kelas Tajwid)
“Semua bergantung niat, walaupun tak bersentuhan, tapi masa main terloncat sana sini, mungkin menzahirkan tempat-tempat yang tak patut dilihat, ingat! HARAM bukan sahaja melalui sentuhan tapi melalui pelbagai cara! Lebih baik elakkan!!!”

Ustaz Syafiq (dijemput untuk mengajar Kuliah Hikam)
“Firman Allah SWT dalam Al-Qur’an, -Jangan hampiri zina-[17:32] Hampiri di sini ulama membahas sangat panjang, kerana untuk menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kita sebagai umat [Nabi Muhammad] SAW yang ingin patuh pada ajaran dan panduan Islam. Lebih wajar dijauhi. Pergaulan antara lelaki dan perempuan, mainlah sesama kaum sejenis sahaja. Kehidupan dunia bukan untuk bersukaria, tapi beribadah. Tapi riadah biar hanya lelaki dan perempuan sahaja.”

“Lelaki hanya dengan lelaki dan perempuan hanya dengan perempuan sahaja. Lebih wajar dalam menjaga syariat Islam agar sentiasa indah dan mulia. Jangan cuba kotori dengan nafsu dan pandangan manusia yang jahil pada Islam yang sebenar. Tapi kalau suami dengan isteri sahaja boleh sebab Nabi SAW beriadah dengan isteri. Apa yang Nabi tak buat janganlah buat.”

Ustaz Asri (Mengajar di KMPh-Kolej Matrikulasi Pahang) (Ustaz yang saya pernah tanya isu main bola tampar lelaki dan perempuan semasa saya di matrik KMPh dahulu) :

“Mengarut lagi menyesatkan [“Main bukan bersentuh pun”, “Main je pun”, “Kami tak tengok perempuan, kami tengok bola je”.]

Ω Macam pakai kondomlah. Tak bersentuh. Ω [Lebih kurang mesejnya daripada perbualan telefon], [Seolah-olah macam tak buat maksiat sebab tak bersentuh].

[[[[[[               Ketika di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh), pernah sekali saya bertanya kepada Ustaz Asri, bagaimana tentang bermain bola tampar dengan keadaan bercampur lelaki dan perempuan. Daripada penerangannya, saya memahami bahawa percampuran itu tidak dibenarkan. Lantas satu hadith dibacakan kepada saya sebagai peringatan. Lebih kurang hadith tu macam ni rasanya:

Nabi sollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Bersegeralah beramal sebelum datangnya rangkaian fitnah seperti sepenggalan malam (potongan-potongan malam) yang gelap gulita, seorang lelaki di waktu pagi mukmin dan di waktu petang telah kafir, dan di waktu petang beriman dan pagi menjadi kafir, ia menjual agamanya dengan kesenangan dunia." (HR. Ahmad No. 8493).

dan boleh dengar penerangannya di http://www.mediafire.com/?5fpchsc3soa8w87 . Fitnah ada 5 maksud : 1) Pembunuhan 2) Peperangan 3) Menuduh seseorang tak buat, kata dia buat 4) Ujian ma’siat (tentang keimanan, banyaknya ma’siat) 5) Ujian kebendaan (harta benda/ anak pinak)

Ustaz yang sama pernah menceritakan bahawa pernah KMPh juga mengadakan satu program yang mencampurkan pensyarah lelaki dan perempuan di pantai (pantai di Kuantan atau Pekan rasanya) dan alhamdulillah ustaz tersebut sakit perut yang menyebabkan dia tidak dapat menyertai program tersebut.                                                                                                 ]]]]]]]]]]]]]


Ustaz Tarmizi (Masjid Taman Sukma, Kuching, Sarawak) :
“Sebaik-baiknya jangan bercampur. Untuk mengelak perkara syubhat (perkara yang tak jelas halal atau haram) sebab meninggalkan perkara-perkara syubhat adalah tanda taqwa seseorang.”

Ustaz Izwan (JAKIM, Sarawak):
“Seeloknya dielakkan.”

Selain daripada semua ulasan di atas, berikut saya tambahkan daripada http://www.muslimdiary.com/forum/viewthread.php?thread_id=833.

Mengapa harus ditimbulkan isu persentuhan berlapik, bersyahwat dan sebagainya. Pergaulan
itu sendiri diharamkan. Apatah lagi persentuhan antara mereka. Sedangkan, persentuhan itu adalah titik permulaan sebelum berlaku perzinaan. Sabda Rasulullah S.A.W:

Maksudnya:
“Mata berzina dengan sebab penglihatan. Telinga berzina dengan sebab pendengaran. Lidah berzina dengan sebab percakapan. Tangan berzina dengan sebab persentuhan. Kaki berzina dengan sebab langkahan. Hati pasti membangkitkan syahwat dan keinginan pasti melonjak. Ketika itu, kemaluanlah yang menuruti atau menahannya.”
– Hadis riwayat Muslim.

Kesimpulannya, cuba elakkan percampuran lelaki dan perempuan walaupun tidak bersentuh. Antara sebabnya untuk mengelakkan fitnah terhadap Islam dan diri kita. Masih ada banyak sukan atau pilihan lain. Kalau sudah berkahwin nanti, bolehlah bersukan dengan isteri.

Mari sama-sama kita mengkaji dan mendalami Islam dan keluasannya. “Tak kenal maka tak cinta.” Semoga usaha kita membuahkan kecintaan kepada Allah, Rosul-Nya dan orang-orang mu’min.

Jangan kita terpedaya dengan orang yang membaca Al-Qur’an, tetapi lihatlah siapa yang ber’amal dengannya. Sebagai penutup, mari baca, faham dan ‘amalkan ayat-ayat berikut:

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä Ÿw (#q=ÏtéB uŽÈµ¯»yèx© «!$# Ÿwur tök¤9$# tP#tptø:$# Ÿwur yôolù;$# Ÿwur yÍ´¯»n=s)ø9$# Iwur tûüÏiB!#uä |MøŠt7ø9$# tP#tptø:$# tbqäótGö6tƒ WxôÒsù `ÏiB öNÍkÍh5§ $ZRºuqôÊÍur 4 #sŒÎ)ur ÷Läêù=n=ym (#rߊ$sÜô¹$$sù 4 Ÿwur öNä3¨ZtB̍øgs ãb$t«oYx© BQöqs% br& öNà2r|¹ Ç`tã ÏÉfó¡yJø9$# ÏQ#tptø:$# br& (#rßtG÷ès? ¢ (#qçRur$yès?ur n?tã ÎhŽÉ9ø9$# 3uqø)­G9$#ur ( Ÿwur (#qçRur$yès? n?tã ÉOøOM}$# Èbºurôãèø9$#ur 4 (#qà)¨?$#ur ©!$# ( ¨bÎ) ©!$# ߃Ïx© É>$s)Ïèø9$# ÇËÈ
 
(5:2) Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya dan binatang-binatang qalaa-id dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari karunia dan keridhaan dari Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadat haji, maka bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali kebencian (mu) kepada sesuatu kaum karena mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidil Haram, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya.

$pkšr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä #sŒÎ) ÷LäêøŠyf»uZs? Ÿxsù (#öqyf»oYoKs? ÉOøOM}$$Î/ Èbºurôãèø9$#ur ÏMuŠÅÁ÷ètBur ÉAqß§9$# (#öqyf»uZs?ur ÎhŽÉ9ø9$$Î/ 3uqø)­G9$#ur ( (#qà)¨?$#ur ©!$# üÏ%©!$# Ïmøs9Î) tbrçŽ|³øtéB ÇÒÈ   $yJ¯RÎ) 3uqôf¨Z9$# z`ÏB Ç`»sÜø¤±9$# šcâósuÏ9 tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä }§øŠs9ur öNÏdÍh!$ŸÒÎ/ $º«øx© žwÎ) ÈbøŒÎ*Î/ «!$# 4 n?tãur «!$# È@©.uqtGuŠù=sù tbqãZÏB÷sßJø9$# ÇÊÉÈ  

(9) Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu mengadakan perbicaraan rahsia, janganlah kamu membicarakan tentang membuat dosa, permusuhan dan derhaka kepada Rasul. Dan bicarakanlah tentang membuat kebajikan dan taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kepada-Nya kamu akan dikembalikan.
(10) Sesungguhnya perbicaraan rahsia itu adalah dari syaitan, supaya orang-orang yang beriman itu berduka cita, sedang pembicaraan itu tiadalah memberi mudharat sedikitpun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah dan kepada Allah-lah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal.
(58:9-10)

Kedatanganmu Dinanti, Pemergianmu Ditangisi (kemaskini 1 Romadhon 1434H = 10 Julai 2013)

Masukan ini telah disiarkan pada 30 Ogos 2011 jam 12:24 pagi.

Bismillah.  


Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh.
Segala puji bagi Allah, Robb sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya, para sahabatnya, tabi'in, tabi' tabi'in dan semua yang mengikuti JEJAK LANGKAH mereka hingga ke Hari Qiamat.

Salam 1 Ummah dan 1 Nusantara.
Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang mengingatkan saya untuk menulis. Ma’afkan saya kerana sudah lama tidak mengemas kini blog ini. Memang semangat membuak-buak untuk menulis ada, tapi saya perlu lebih berdisiplin untuk menulis secara istiqomah. Sememangnya Allah mencintai amal yang sedikit tapi istiqomah. Sebahagian besar isi tulisan kali ini sebenarnya telah saya dapat sebelum Bulan Romadhon, bahan ini disampaikan oleh Ustaz Norman di Masjid Lama Permatang Badak, Kuantan sebagai persediaan menyambut Bulan Romadhon dan daripada http://abidfana.com/2009/08/19/tazkirah-di-ambang-ramadhan-8/ Ma’af atas kelewatan mengongsikannya. Walaupun baru ditulis, semoga sentiasa bermanfa’at untuk saya dan sidang pembaca untuk memahami amalan puasa wajib dan puasa sunat yang akan datang. Semoga Allah memberi kita hikmah Romadhon untuk kita aplikasikan dalam bulan-bulan mendatang, insyaAllah.

Taqwa
Taqwa tidak cukup diertikan takut kepada Allah sahaja, tetapi turut mencakupi memelihara diri dari seksaan Allah dengan mengikuti segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Untuk mendapatkannya, seseorang mestilah ber’amal dengan wahyu yang diturunkan, redho dengan yang sedikit dan bersedia untuk ke hari perpindahan/ selepas mati.



[22:32] Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah[*], maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati. [*Syi'ar Allah ialah: segala amalan yang dilakukan dalam rangka ibadat haji dan tempat-tempat mengerjakannya.]

Contoh amalan taqwa
Oleh itu, contoh amalan yang menuju kepada taqwa yang biasanya disinonimkan dengan kaum Hawa adalah menutup aurat dengan sempurna termasuklah bertudung dengan sempurna dan kaum Adam adalah meninggalkan rokok.


Perisai
Puasa adalah perisai. Janganlah bercakap sesuatu yang buruk dan elakkan mengata, menyakiti, mencemuh atau mencela. Kalau kita nak puasa kita hebat, maka berdo’alah.
-Jaga lisan termasuklah meninggalkan kata-kata keji. Hadith riwayat Imam Bukhari, Abu Daud dan Turmuzi : Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (iaitu Allah tidak berhajat kepada puasanya).

Amalan Hari-hari Romadhon
1) Niat berbuat baik sepanjang hari
2) Jaga solat berjema’ah. ( Jaga semua terutamanya Solat Isya’ & Solat Subuh)
3) Baca Qur’an satu juzuk. Romadhon adalah Syahrul Qur’an (Bulan Al-Qur’an). Langkah awal untuk memahami Al-Qur’an adalah dengan kita tahu cerita apa dalam sesuatu suroh tu. Sebagai contoh, Al-Baqoroh tentang apa, Ali-Imron tentang apa dan An-Nisa’ tentang apa.
4) Jaga solat tarawih. Solat 8 roka’at yang panjang atau solat 20 roka’at yang pendek-pendek. Nas hadith memberitahu Rosulullah solat 8 roka’at dan ke atas.
5) Banyakkan zikrullah. Subhanallah, Alhamdulillah, La ila ha illallah, Allahu Akbar.
Kisah seorang lelaki yang selalu beristighfar. – Satu ketika di Zaman Kerajaan Bani Umayyah, Imam Ahmad bin Hanbal mahu berehat di sebuah masjid, tetapi dihalau oleh penjaga masjid tersebut. Imam Ahmad pun diajak oleh seorang lelaki untuk berehat di rumahnya. Imam Ahmad pun mengikut lelaki tersebut. Lelaki tersebut merupakan seorang pembuat roti. Beliau beristighfar ketika membuat roti dan Imam Ahmad mendengarnya. Imam Ahmad bertanya tentang amalannya itu dan apa yang didapati oleh lelaki tersebut dengan istighfarnya. Lelaki tersebut memberitahu bahawa Allah memaqbulkan semua do’anya kecuali satu. Do’anya yang satu itu adalah ingin berjumpa dengan Imam Ahmad bin Hanbal. Imam Ahmad mengaku bahawa dirinya adalah orang dalam doanya.
(Pesanan: Siapa yang nak keberkatan dan laris dalam perniagaan, banyakkan zikir termasuk istighfar)
- Kalau kita seorang yang banyak bercakap, gantikan kepada tasbih (Subhanallah) , tahlil (La ilaha illallah), tahmid (Alhamdulillah) dan takbir (Allahu akbar). (Selingan : Menjadi seorang pendiam tak menguntungkan Islam, kalau kita seorang yang pendiam, bergaullah dengan orang yang banyak bercakap. Apabila kita dah dapat kemahiran tersebut, pegang pula maksud hadith : Bercakap yang baik atau diam)
6) Beri makan kepada orang yang berbuka. (Selingan : Ada seorang lelaki selalu datang bagi pisang kat masjid tapi dia tak datang untuk solat berjema’ah. Ustaz cuba menyiasat siapa lelaki tersebut dan berkata kepadanya, “Kami bukan kera, nak pisang awak”. Kalau tak salah, akhirnya lelaki tersebut berubah)
7) Banyakkan sedekah dan hadiah. Rosulullah paling pemurah di Bulan Romadhon.
8) Sentiasa berwudhu’. Maksud hadith Riwayat Ibnu Majah & Ibnu Hibban : (Lebih kurang maksudnya) : Dan tidaklah seseorang memelihara akan wudhu’ melainkan dia seorang mu’min. Apabila batal, ambillah yang baru. Secara mudahnya, selepas mandi, terus berwudhu’.

Pahala Puasa
Ramai orang mungkin mampu menjaga makan dan minum, tetapi boleh jadi mengabaikan aspek pahala puasa. Perkara-perkara yang membatalkan (pahala) puasa boleh dilihat di dalam himpunan hadith berikut:
لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ اْلأَكْلِ وَ الشُّرْبِ

Bukanlah (pahala) puasa itu sekadar menahan daripada makan dan minum.
[Hadith sohih riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim]

من لم يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ و الجهل فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ في أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta, dan berbuat dusta, serta amal kebodohan, maka tiadalah Allah ingin melihat pada amalannya meninggalkan makan dan minumnya.
[Hadith sohih riwayat Bukhori]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِنَّ الصِّيَامَ لَيْسَ مِنَ الأَكْلِ وَالشُّرْبِ فَقَطْ إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغُوِ وَالرَّفَثِ فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهِلَ عَلَيْكَ فَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ

Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya puasa itu bukan menahan daripada makan dan minum saja, hanyalah puasa yang sebenarnya ialah menahan daripada ucapan sia-sia (lagha) dan lucah/ mencarut(rafath), maka apabila seseorang mencacimu atau berbuat sesuatu yang bodoh kepadamu katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”.”
[Hadith sohih riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه يقول قال رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قال الله وإذا كان يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فلا يَرْفُثْ ولا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أو قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إني امْرُؤٌ صَائِمٌ

Daripada Abu Hurairah dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Allah berfirman: …maka apabila pada hari puasanya seseorang di antara kalian janganlah ia melakukan ucapan/ tindakan lucah/ mencarut dan janganlah dia menjerit/ berteriak, apabila seseorang mencacimu atau mengganggumu maka katakanlah: Saya sedang berpuasa….”
(Hadith riwayat Bukhori)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ لا تَسَابَّ وَأَنْتَ صَائِمٌ وَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ فَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ وَإِنْ كُنْتَ قَائِمًا فَاجْلِسْ

Daripada Abu Hurairah, beliau berkata Nabi SAW bersabda: “Janganlah kamu saling mancaci (bertengkar mulut) sementara kamu sedang berpuasa maka bila seseorang mencacimu katakan:‘Sesungguhnya saya sedang berpuasa’, dan kalau kamu sedang berdiri maka duduklah.” (Hadith sohih, riwayat Ibnu Khuzaimah, Nasa’i, Imam Ahmad)

Daripada antologi (himpunan) hadith di atas, bolehlah disimpulkan bahawa antara perkara yang membatalkan pahala puasa kita adalah:
a. Berbohong atau berkata dusta.
b. Membuat sesuatu yang sinonim dengan kejahilan, seperti bercakap tanpa ilmu dan seumpamanya.
c. Bercakap sesuatu yang lucah, mencarut, serangan seksual secara lisan atau ingin menaikkan syahwat orang lain.
d. Bercakap sesuatu yang sia-sia, tanpa sebab, dan tidak bermakna.
e. Meninggikan suara ketika bercakap.
f. Bertengkar.
Marilah sama-sama kita berusaha menjauhi perbuatan yang boleh membatalkan pahala puasa kita.
Kesimpulan
1.         Mari sama-sama berdoa semoga Allah memberi kekuatan untuk kita faham dan amalkan semua ilmu yang kita dapat.
2.         Jangan lupa pesan kepada kawan-kawan untuk mengingatkan : “Dah wudhu’?”
            “Dah baca Qur’an?”
3.         Semoga kita generasi kholaf (generasi kemudian) ini mengambil sikap generasi salaf (generasi awal bersama Rosulullah SAW) dengan menanamkan ruh “Romadhon, Kedatanganmu Dinanti, Pemergianmu Ditangisi”

Sabtu, Jun 25, 2011

Program Kejururawatan : Masalah Pelajar Muslimah


Tulisan ini bertujuan untuk mengetengahkan masalah yang mungkin dan telah dihadapi oleh para pelajar Muslimah yang mengikuti program kejururawatan (Nursing) sama ada dalam program diploma atau ijazah (Bachelor/ Degree). Semua keadaan yang ditulis adalah kisah benar namun nama telah diubah kepada huruf terpilih. Seorang pelajar Muslimah program ini telah menyumbang hampir 100% terhadap penghasilan rencana ini.

Apabila pelajar Kejururawatan pergi ke hospital untuk menjalani 'amali (praktikal), terdapat seorang pengajar klinikal [clinical intructor (CI) atau clinical teacher (CT)] untuk mengajar/ membantu/ memudahkan pembelajaran pelajar Kejururawatan. Sekali sekala penyelaras kursus (Course Coordinator) datang untuk memantau dan membantu pelajar memahami dengan lebih baik sesi amalinya baik dalam giliran pagi, petang atau malam. Berdasarkan pengalaman penulis, penulis berjumpa dengan penyelaras kursus hanya pada giliran 'amali pagi dan malam.

Antara masalah tersebut adalah :

1) Pemakaian pakaian seragam (uniform) yang tidak menutup aurat dan solekan

(24:31) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

1.1 Pakaian seragam yang ketat dan tidak berapa labuh
1.2 Lengan baju 3/4 disuruh lipat sampai ke siku
1.3 Tidak membenarkan pemakaian tudung di dalam bilik pembedahan (operation theatre-OT). (Di 
        sebuah hospital, tak boleh tapi di sebuah hospital lain, boleh pula
1.4 Tidak dibenarkan memakai stokin tangan (hand sock) semasa berada di dalam wad

Keadaan 1
Pada minggu pertama satu praktikal (berada di “acute cubicle” atau pun “High Dependency Unit-HDU).
En Y : Wajib ke kamu semua pakai lengan panjang (stokin tangan)?
Pelajar L dan N: Wajib tuan.
En Y : Tapi, di dalam wad ni banyak jangkitan dan kuman. Kamu tak risau ke kamu nanti kamu sakit?
Palajar L dan N diam….(tapi dalam hati kata, sakit tu ketentuan dan keizinan Allah. Siapa kita nak menolak suatu ketetapan Allah terhadap kita? Sedangkan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.)
En Y : Seperkara lagi, lengan panjang kamu ini menyentuh sana sini. Kena pesakit itu dan pesakit ini, tanpa kamu sedari kamu sedang memindahkan kuman daripada pesakit ini kepada pesakit lain. “Cubicle” ini ada yang rendah imunisasinya (Extended Spectrum of Beta Lactamase-ESBL atau Methycillin Resistant Organism-MRO)[terdapat lambang tertentu di hospital untuk menanda pesakit ini contohnya bintang berwarna merah] dan juga orang tua. Fikirkan tentang itu….Sekurang-kurangnya jika kamu tidak memakai stokin tangan kamu boleh basuh tangan hingga ke paras lengan kamu.Tapi jika kamu memakai stokin tangan, takkan kamu nak basuh stoking tangan kamu di dalam wad ni? Kan basah nanti.
Pelajar L dan N diam……
Pelajar-pelajar ini sedang berada dalam dilema….nak utamakan yang mana satu? Mudarat ke atas pesakit atau pun aurat diri? Tertekannya rasa….

Pelajar L telah menyuarakan masalah ini kepada seorang ustazah. Ustazah tersebut berkata, “Andai itu (memindahkan kuman daripada pesakit lain kepada pesakit yang lain; mudarat ke atas pesakit) yang dirisaukan terjadi maka tidak mengapa untuk tidak memakai stokin tangan.Tapi janganlah niat kamu tidak memakai stokin tangan tu kerana arahan pensyarah atau takutkan pensyarah. Itu tidak patut. Dan jangan pula sampai mengangkat lengan baju menjadi kebiasaan kamu. Contohnya, kalau dah keluar dari wad tu pakaikan semula stokin tangan tu. Jangan sampai kamu terasa selesa apabila tidak memakai stokin tangan sampai terbawa-bawa keluar wad. Wallahu’alam.”

Renungan: Mujur lengan pakaian seragam (uniform) melebihi siku….Tapi ada juga sahabat muslimat lain yang diminta melipat lengan baju sampai menampakkan aurat

1.5  Ditegur sebab muka tak dihias dengan solekan (make up).

2) Urusan solat fardhu

    2.1 Kadang-kadang terlepas/ terlambat waktu solat terutamanya Maghrib atau Subuh sebab ada 
           prosedur contohnya memeriksa paras glukosa dalam darah (hypocount- HPC), memberi 
           makanan/ minuman melalui tiub nasogastrik [hidung ke perut] (nasogastric feeding-NGF),  
           membantu pesakit yang terpaksa berak (bowel open-BO) di katil dan lain-lain.

2.2 Ada juga pendapat yang mengatakan, nak pergi solat lebih senang semasa ketiadaan            
      pengajar klinikal [Clinical Teacher (CT)/ Clinical Instructor (CI)].

2.3 Pensyarah-pensyarah dan pengajar klinikal CT)/ CI yang tidak faham  tentang tuntutan dan 
      syariat Islam. Suka hati sahaja nak mengeluarkan ‘fatwa’.

2.4 Cubaan menghalang pelajar untuk solat. (Sudah tentu dalam contoh berikut melibatkan tenaga 
      pengajar yang bukan Islam). Contoh perbualan:

 Keadaan 2
Puan A (Tenaga pengajar) : Mana kawan kamu pergi?
Pelajar K : Dia pergi solat, puan.

Selasa, Jun 21, 2011

Bumi Kelahiran & Bumi Tarbiyah

Niat 

Hadith pertama yang disusun oleh Imam Nawawi dalam Kitab Hadith 40 meletakkan hadith tentang niat.
Kalaulah dulunya hanya faham makna lahirnya, tapi kini selepas mendengar penerangan tentang hadith ini beberapa kali, alhamdulillah kefahaman menjadi sedikit berbeza. Kefahaman itu adalah kita akan dapat apa yang kita niatkan, insyaAllah.

Kalau memetik sebuah buku "Anda Berfikir? Bagaimana?" menjelaskan bahawa kita adalah apa yang kita fikirkan dan apa yang kita fikirkan dapat menjadi kenyataan. Hal ini terbukti dengan video ini (http://www.youtube.com/watch?v=1p2DItNn-nY) seandainya video ini benar.


Tawaran Melanjutkan Pelajaran ke Bumi Kenyalang




Ketika mendapat tawaran ke Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), hati ini berasa cukup gembira kerana dapat kembali ke tanah tempat tumpah darah. Sarawak ni terkenal dengan makanan seperti kek lapis (kering dan basah) dan ikan terubuk masin.


Dalam borang permohonan kemasukan ke universiti, walaupun kursus pengajian ini adalah pilihan ketiga selepas Perubatan (USM) dan Kejururawatan (USM), hatiku amat berharap dapat ke Sarawak. Pilihan keempat adalah program perguruan. Harapan untuk mendapat tawaran perguruan gagal kerana aku telah gagal dalam satu ujian kelayakan yang dipanggil MEdSI (personaliti mungkin) di Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk menjadi seorang guru.


Dulu, ibu bapa dan diriku memang berhasrat menjadi doktor, tetapi ketidaksungguhanku dalam pengajian matrikulasi di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) dan Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar (SABS), Kuantan menjadi sebabnya. Semasa lahir, namaku diletakkan kerana mengambil nama seorang doktor (menurut ibu dan ayahku). Disebabkan ibu bapa menuruti kemahuanku (untuk menentukan hala tujuku dalam pelajaran dan kerjaya), aku meletakkan Program Kejururawatan dalam salah satu pilihan permohonan kerana berfikir bahawa program tersebut berkaitan dengan kerjaya Doktor Perubatan. Apabila telah melalui program ini selama 4 tahun, barulah aku tahu menjadi jururawat bukan semudah yang disangka. Segala pengalaman insyaAllah akan dikongsi dalam rencana-rencana akan datang.


Niat ke Sarawak


Sebelum menjejakkan kembali ke bumi kelahiranku buat kali kedua, aku telah meletakkan beberapa niat. Antaranya ingin membetulkan keyakinan pesakit terhadap ubat yang tidak berkuasa, ingin bergambar di satu tempat di Kuching yang terdapat tugu/ replika/ patung kucing dan melawat ke tempat kelahiranku di Hospital Umum Sri Aman. Alhamdulillah dua niat terakhir itu tercapai.



Niat kedua menjadi realiti apabila mendapat kesempatan bergambar dengan rakan-rakan sepengajian dan niat ketiga tercapai bersama Aman Palestin Berhad (Cawangan Sarawak)


http://amanpalestinsarawak.blogspot.com/ . Niat pertama belum aku latih terhadap pesakit di hospital. Niat pertama ini muncul kerana aku pernah mengikuti satu gerakan Islam yang mengajarkan aku tentang meyakinkan pesakit bahawa bukanlah ubat yang berkuasa, tetapi Allahlah yang berkuasa. Hal ini menjadi agenda utama aku untuk mengajar pesakit andai aku bergelar jururawat satu hari nanti. Itulah pemikiranku pada ketika itu. Tetapi disebabkan aku mencari sebuah gerakan yang menekankan aspek mengambil Islam secara keseluruhan (Suroh Al-Baqoroh, 2: 208),




maka ayat Allah ini telah menyebabkan aku memikirkan aspek lain yang perlu dititikberatkan kepada pesakit yang tidak menjaga solatnya, menasihati ahli keluarga pesakit yang telah mengubah sifat-sifat kelelakian kepada sifat keperempuanan secara yang tidak dibenarkan oleh syara' (transgender/ mak nyah).


Alam tarbiyah




Tidak pernah terlintas dihatiku akan mengikuti satu usroh yang berusaha untuk memaksimakan potensi diri seseorang. Walaupun pernah menjadi naqib di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), usroh yang pernah kulalui itu bukanlah seperti kali ini. Setiap bakat dihargai dan diajar untuk digunakan demi mengajak manusia kepada Allah. Orang yang baik dalam pandangan Allah adalah orang yang ber'amal untuk dirinya (beriman dan mengerjakan amal soleh) dan beramal untuk orang lain (mengajak orang lain melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran). Ayat-ayat dalam Al-Qur'an menjelaskan keadaan ini. Antaranya:


Dalam ayat ke-112, sifat bertaubat, beribadat, yang melawat (/ mengembara/ mencari ilmu/ berpuasa), yang ruku' dan yang sujud adalah kebaikan kepada diri sendiri manakala yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat mungkar adalah kebaikan kepada orang lain.

Pada pandangan peribadi penulis, yang memelihara hukum-hukum Allah- adalah gabungan kebaikan

kepada diri sendiri [hukum dalam ibadat (bersuci, solat, zakat, haji)]

dan kepada orang lain [hukum dalam munakahat (soal kufu, nikah, cerai, ta'liq, li'an, fasakh, cerai, ruju', mendidik anak), jinayat (hudud, qisos, ta'zir termasuk curi, fitnah, culik, zina, kholwat, arak, pemerintahan negara), mu'amalat (jual beli, hutang, pinjam, bank, syarikat), jihad (perang, harta rampasan perang, tawanan perang), dan faro'id (harta pusaka dan pembahagiannya)]



Satu ayat lagi adalah Suroh Al-'Asr, ayat 3, (103:3).
  

Sifat orang yang beriman dan ber'amal soleh adalah berkaitan diri sendiri manakala berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan dalam tetap bersabar adalah berkaitan kebaikan yang dilakukan kepada orang lain.

Memetik sebuah buku bertajuk "Tarbiyah dari Zero ke Hero" karangan Ustaz Azizee Hassan (http://maalimfitariq.wordpress.com/), dalam bahagian pengantarnya (Ustaz Mohd Rusdi bin Alias) menulis bahawa dirakamkan dalam kitab yang menjadi manhaj tsaqofi kita, "Bagi mereka yang menyampaikan da'wah seperti khutbah, ceramah, nadwah, mengajar di sekolah dan di universiti, kemudian tidak membentuk dan mentarbiah orang-orang yang menerima da'wah mereka, sebenarnya mereka berda'wah bukan mengikut manhaj Rosulullah SAW".



Oleh yang demikian, walaupun kita sudah melakukan da'wah 'am (umum), kita masih tidak mengikut sunnah Nabi SAW seandainya kita tidak melakukan da'wah secara khusus. Da'wah khusus inilah yang menjadi agen utama dalam membentuk keperibadian Muslim dengan kita menjadi naqib/ murobbi dalam usroh/ halaqoh.

Dalam liku-liku perjalanan halaqoh ini telah mengajarkan banyak hal kepada diriku. Tidak terlampau taksub kepada peribadi-peribadi tertentu sehingga sesuatu organisasi dilihat kuat dengan adanya seorang, dua atau hanya beberapa orang yang menjadi tunjang gerakan itu. Bahan ini telah aku peroleh dalam bahan 'Penyakit Umat Dalam Da'wah' daripada buku Materi Tarbiyah. 

Satu kuliah semasa masih bergelar pelajar Kejururawatan di Tahun 2, menekankan aspek riadah dan bahan yang sama disampaikan oleh murobbiku daripada buku Materi Tarbiyah (mungkin gabungan Ta'riful Insan (Pengenalan Manusia), Syumuliyatul Ibadah (Kesempurnaan Ibadah) dan Tawazun (Keseimbangan).

Dunia kejururawatan amat menekankan aspek masa dan dalam halaqoh juga menekankan aspek yang sama. Pernah sekali aku dan teman sehalaqohku lewat (tak pasti berapa minit), kami didenda untuk melakukan tekan tubi (pumping). Hukuman yang sama pernah diberi oleh murobbi lain kerana aku tidak menghantar laporan pantauan ibadah (mutaba'ah ibadah) selama 2 minggu yang mengakibatkan 10 kali tekan tubi per minggu.

Pernah juga disebabkan tidak memaklumkan sebab tidak datang ke usroh (sebab nak buat tugasan) menyebabkan aku dikuarantin daripada datang ke usroh selama sebulan (air mata tak dapat diempang dalam bulan ini).Peristiwa ini memberi kesan kepadaku untuk tidak ponteng halaqoh mingguan.

Mengakhiri rencana kali ini, ingin diri ini menyusun sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki, meminta ma'af dari hujung rambut ke hujung kaki, atas semua salah dan silap selama ini. 
Diri ni tak mampu untuk menjaga hati orang lain sepenuhnya dan diri ini faham orang lain juga tak mampu sepenuhnya menjaga hati ini. Diri ini mema'afkan semua salah silap terhadap semua yang mengenali diri ini dan sudi-sudilah mema'afkan diri ini atas segala kesalahan zohir dan batin sepanjang perkenalan dari dulu hingga kini.

Serangkap pantun menjadi penutup rencana kali ini,

Bumi kelahiran, bumi tarbiyah,
Dalam bertemu , ada berpisah,
Dengan da'wah, dengan tarbiyah,
Moga kita tak berpisah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...